Ahad, Oktober 12, 2008

usaha pembaharuan abdullah!

banyak pihak masyarakat termasuk pihak pembangkang mengharapkan usaha abdullah dalam pembaharuan dapat dijalankan dengan lancar sebelum peletak jawatan sebagai perdana menteri.
ini adalah untuk kebaikan rakyat jelata setelah keakhiran pemerintahan 22 tahun tun mahathir dan pemerintahan 5 tahun abdullah badawi.

tapi,abdullah sendiri telah menglami kesusahan melaksanakan usaha pembaharuan.
kerana banyak rakannya dalam umno banyak mempertahankan faedah sendiri dan berfikiran kolot dalam menerima cadangan beliau.
kalau tidak,zaid tidak mungkin meletak jawatannya sebagai menteri undang-undang dalam usaha pembaharuan pak lah.

kalau usahanya tidak berjaya dilaksanakan,harap-harap penggantinya dapat meneruskan usaha pembaharuannya.
kerana masa untuk abdullah dalam usahanya hanya tinggal 5 bulan lagi.

jadi,saya rasa abdullah cuma salah seorang pemula dalam usaha pembaharuan.
biarlah kita lihat siapa ialah pengganti dan penamat usaha pembaharuan!

Tiada ulasan: