Sabtu, Oktober 04, 2008

pembaharuan geran tanah di sibu.

tanah di kawasan salim,lapangan terbang lama dan upper lanang akan dikenakan bayaran pembaharuan geran tanah.
kerana pemilik tanah dijemput bayar 5 tahun lebih awal sebelum tarikh luput.
kira-kira rm35000 hingga rm90000 akan dikenakan di antara pemilik tanah tersebut.
bayaran tersebut perlu dibayar dalam masa 30 hari.

bayaran tersebut adalah bergantung kepada kawasan tanah itu berada dan kegunaan tanah.
bayaran tersebut akan lebih murah jika pergunaan sepenuhnya dijalankan atas tanah tersebut.
kalau tidak,tanah tersebut akan dikenakan 25% harga pasaran.

tapi,yang menjadi masalah ialah bukan semua tanah boleh dikembangkan menjadi tanah kebun,ladang dan perkembangan tertentu.
kerana sesetengah tanah adalah tanah lumpur,tidak sesuai untuk menanam tanaman.
sesetengah tanah pula susah dijejaki kerana kekurangan jalan yang dibina oleh kerajaan.

semuanya belum jelas lagi.
supp belum mengadakan forum untuk menjelaskan bayaran yang dikenakan.
menteri yang berkenaan tidak mahu membincangkan semula kadar bayaran pembaharuan tersebut.
menteri besar sarawak pula mengatakan bahawa bayaran tersebut adalah paling murah jika dibandingkan dengan negeri lain.
sebenarnya,yang paling murah bukanlah sarawak.
sebaliknya ialah tanah di kuala lumpur dan selangor.

harap-harap kerajaan selalu mementingkan perasaan dan keperluan rakyat jelata.
kalau tidak,rakyat jelata pasti akan bangkit demi memperjuangkan hak sendiri.

Tiada ulasan: