Sabtu, Oktober 18, 2008

hari khiamat bagi burung layang-layang di mukah!

sebanyak 2 kes pencerobohan rumah layang-layang oleh jabatan hutan didapati di mukah.
kalau tiada tunjuk rasa dan himpunan perusaha rumah layang-layang,pencerobohan tersebut akan berleluasan di mukah.
pencerobohan ini menyebabkan banyak anak burung layang-layang terbunuh dan pengusaha rumah layang-layang mengalami kerugian dalam perlaburan selama beberapa tahun.

tindakan jabatan hutan terburu-buru ini menimbulkan kebimbangan pengusaha di sarawak kerana pihak tersebut berkeras mahu mencerobohi rumah layang-layang.
tapi,melindungi nyawa burung layang-layang juga merupakan tanggungjawab jabatan hutan.
kalau pihak awan terbunuh burung layang-layang,dia akan didenda.
tetapi,tindakan pihak berkuasa tersebut terselamat daripada hukuman dan akta keselamatan tersebut.
seolah-olah ada 2 standard dalam penguatkuasaan.

jabatan hutan mencerobohi rumah layang-layang atas alasan ketidaksesuaian bina rumah layang-layang dalam kedai di kawasan bandar.
alasan ini boleh diterima kerana kebisingan dan pencemaran burung layang-layang membimbangkan orang awan.
keutamaan orang awan adalah lebih penting daripada pengusaha rumah layang-layang.
tetapi tindakan segera jabatan hutan menimbulkan kemarahan pengusaha kerana tiada tempoh masa pindah dan amaran diberi.

lagipun,belum ada undang-undang mengehadkan pengusaha rumah layang-layang.
inilah kelonggaran undang-undang di sarawak kerana belum ada akta atau undang-undang berkenaan dibawa masuk ke sarawak.
harap-harap kabinet dan ahli dun negeri mementingkan perkara tersebut demi kepentingan kedua-dua pihak.

Tiada ulasan: