Ahad, Oktober 12, 2008

telelink adalah haram di sarawak!

terdapat 15 buah telelink yang tidak mempunyai lesen judi telah diharamkan.
9 buah di kuching,2 buah di sibu,bintulu dan miri.
telelink ini mengusahakan da ma chai oleh syarikat pan malaysian polls.

pada 20.3.03,kabinet sarawak telah menyasahkan tiada lesen judi akan dibahagikan kepada syarikat judi yang baru lagi.
pada 28.1.04,kerajaan persekutuan telah menolak pemohonan telelink memohon lesen perniagaan.
pada 13.3.04,setiauasaha negeri sarawak telah menyasahkan pan malaysian polls telah menyalah di sisi undang-undang kerana berniaga di sarawak tanpa lesen dan tidak membayar cukai 10%.
pada 2006,telelink disahkan haram untuk berniaga.

tapi,syarikat ini tetap membuka cawangan "perkhidmatan" di sarawak.
perusaha telelink menafikan pembukaan "pusat menerima judi" di sarawak.
kerana mereka adalah judian menerusi panggilan telefon.
tapi,kerajaan negeri mengesahkan bahawa judian jenis ini masih haram di sarawak.
jadi,pihak polis telah mengambil tindakan pada bulan ini setelah majlis bandar kuching meminta pihak menteri mengambil tindakan tegas.

yang menghairankan saya ialah syarikat tersebut masih dapat berniaga 4 tahun di sarawak tanpa lesen sebelum ditahan polis.
masih ada kelonggaran dalam sistem pelaksanaan kuasa pertahanan.
harap-harap pihak berkuasa peka terhadap isu-isu semasa dan bertindak tegas apabila mengetahui pesalah dan perlanggar undang-undang.

Tiada ulasan: