Rabu, Oktober 01, 2008

masalah bayaran pembaharuan tanah di sarawak!

hal ini telah menimbulkan ketidakselesaian di kalangan orang ramai yang mempunyai tanah di kawasan bandar dan luar bandar.
kadar bayaran ini adalah berdasarkan kawasan dan kegunaan tanah tersebut.

yang menimbulkan ketidakjelasan di kalangan pemilik tanah ialah sama ada tanahnya berada di kawasan bandar,dekat bandar atau luar bandar.
kerana bayaran yang berlainan akan dikenakan ke atas pemilik tanah.

kawasan pertanian di kawasadak menjelaskan yang diberi.
mereka tin bandar akan dikenakan 25%,kurang daripada rm10 ribu per ekar.
dekat bandar-kurang daripada rm500.
luar bandar-rm200.

lagipun,pemilik yang berumur besar dan kurang berpendidikan telah silap isi borang apabila mengisi borang tersebut.
mereka tidak menjelaskan kegunaan tanah dengan teliti.

selain itu,perjanjian ahli-ahli politik yang memainkan isu tersebut ialah janji kosong.
sebelum menentukan akta tanah tersebut,ahli politik menjamin bahawa bayaran pembaharuan tanah maksimum adalah sebanyak rm200.
ini telah menjadikan bukti tipu rakyat jelata bangsa cina.

bumiputra tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana kerajaan menganggap bumiputra merupakan pemilik kekal tanah di sarawak.
tapi,kadang-kadang penebangan pokok dan penceroboh tanah secara haram juga berlaku di kalangan bumiputra.
harap-harap rakyat sarawak dapat menyedari kepentingan hak milik supaya tanah milik kita dapat dipertahankan.

sebenarnya,tujuan kerajaan mengenakan bayaran tersebut adalah baik.
cuma pelaksanaan kerajaan menimbulkan masalah kepada pemilik tanah.
tujuan utama ialah memastikan pemilik tanah menggunakan tanah dengan sepenuhnya supaya tanah tidak dibiarkan bazir.

Tiada ulasan: