Jumaat, September 19, 2008

zaid dan saya merupakan seseorang yang berprinsip!

saya percaya tidak banyak dapat berpendirian teguh apabila berhadapan dengan kuasa,kehilangan kebendaan dan kedudukan.
zaid tidak mahu akur dengan arus yang kurang sihat dan penuh dengan ketidakadilan.
dia mengutamakan prinsip hidup daripada segalanya.
jadi,saya bangga dan senang hati kerana dunia ini masih ada arus bersih walaupun jumlah dan bilangannya tidak banyak.

saya juga merupakan salah seorang dalam pasukan berprinsip tersebut.
saya sanggup kehilangan apa-apa saja demi prinsip hidup saya.
demi kejujuran,saya pernah kehilangan kerja kerana diminta cakap bohong atas kemahuan majikan.
demi kesucian,saya berpendirian neutral dalam soal agama,politik dan sebagainya.
demi kebebasan,saya telah melepaskan segala kebendaan.
jadi,cara hidup saya ringkas tapi bermakna.

cara hidup sedemikian adalah susah diterima oleh sesetengah orang.
tapi hormat pilihan kami.
janganlah desak kami sehingga tiada ruang untuk bernafas.
kami bukan pengancam aman masyarakat.
kami menerima hakikat dan majoriti.

sila hormatlah minoriti.
jika tidak,suara kami yang berbeza lagi kecil adalah susah didengar.
walaupun suara tersebut kurang sedap didengar atau nadanya rendah,tapi suara itu adalah dari tulus hati minoriti.

Tiada ulasan: