Sabtu, September 20, 2008

berjuang untuk hak kemanusiaan?

di dunia ini,banyak perkara perlu diperjuangkan demi mencapai hak yang sama rata.
ini disebabkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan wujud dalam masyarakat sosial.
keadaan ini boleh jumpa di mana-mana sudut dan penjuru.
kalau kita membiarkan hal ini berterusan,kita akan tertindas dan hilang hak menjadi seorang manusia.

sebenarnya,semua manusia adalah rata dalam dunia ini.
cuma sesetengah pihak telah mengabaikan hukum yang ditetapkan.
hal ini menimbulkan ketidakseimbangan dalam perihal puak,kaum,warna kulit dan sebagainya.
inilah ketidaksempurnaan manusia dalam pengurusan menjaga dunia.

cubalah memerhatikan sekeliling anda.
penindasan berleluasan dalam lapisan masyarakat keluarga tanpa mengira umur dan latar belakang.
orang yang lemah selalu ditindas oleh orang yang kuat.
ini macam hukum haiwan-yang lemah dimakan dan kuat hidup lama.
cuma yang kuat ialah pemenang dalam persaingan tersebut.

saya tidak bersetuju berjuang dengan mengancam keamanan atau mencabar benda hidup yang sama jenis dengan kita.
kerana manusia bukan haiwan-manusia ada pemikiran.
janganlah perang dan mengganas kerana ini mengancam nyawa dan mendalamkan dendam.
cubalah cara bermuafakat dan berbincang demi kebaikan bersama.

Tiada ulasan: