Jumaat, September 05, 2008

dermaan secara ikhlas atau paksaan?

saya mempunyai pengalaman yang tidak manis semasa diminta derma di genting.
saya berasa kurang puas hati dengan sikap pemudi yang meminta derma.

pada mulanya,mereka mengatakan bahawa dermaan yang dikutip adalah untuk anak-anak yang berpenyakit ginjal.
kanak-kanak tersebut memerlukan rm68 setiap bulan untuk cucian buah pinggang.
jadi,mereka meminta saya membuat dermaan rm50 untuk menyenangkan kerja mereka.

rm50 adalah di luar kemampuan saya.
jadi,saya minta menderma secara sukarela..
setelah saya membuka dompet,mereka mengatakan bahawa dermaan ini tidak boleh kurang daripada rm30.
saya terus menolak permintaannya kerana ini bukan sikap pekerja sukarela.
saya menolaknya dengan sopan dan meneruskan lawatan saya ke pusat mainan dalam genting.

harap-harap pekerja sukarala itu dapat insaf terhadap kesilapannya dan tidk memaksa orang lain semasa meminta derma.
golongan sukarela tersebut memerlukan latihan khas agar imej golongan sukarelawan tidak tercemar.

Tiada ulasan: