Jumaat, September 05, 2008

suara penduduk kapit di sarawak!

kapit merupakan tempat yang kaya dengan bahan mentah:kayu balak,arang batu dan sebagainya.
tapi,permintaan mereka selalu diabaikan walaupun banyak bahan mentah didapati di kapit.

kalau kita mahu pergi kapit,hanya pengangkutan air dapat digunakan.
tiada perkhidmatan udara dan darat disediakan.
kerana tiada jalan menuju ke kapit dan daerah-daerah yang berdekatan.
salah satu sebab tiada jalan dibina kerana kawasan kapit penuh dengan gunung,bukit dan sungai.

permintaan dan hasrat untuk mendapat jalan menuju ke daerah-daerah berdekatan semakin kuat.
kerana banyak nyawa telah terkorban dalam arus sungai yang deras apabila hujan lebat.
harap-harap kerajaan sarawak yang mahu prihatin terhadap rakyat dapat mengemukan cara-cara mengatasi dan sebab-sebab tidak bercadang mahu membina jalan raya di kapit.

Tiada ulasan: