Sabtu, Mei 31, 2008

kerajaan negeri pakatan rakyat.

kerajaan tersebut telah banyak memberi khabar yang tidak pihak kepada kerajaan negeri bn.
ahli bn telah musnah nama baik bn sendiri atas perbuatan sendiri.
ahli pakatan rakyat cuma memeriksa rekod-rekod lama dan laporan kerajaan dahulu.
ahli bn mati di atas tangan sendiri.

ahli bn membazir wang rakyat macam aliran air.
contoh:kerajaan negeri selangor dulu telah membina banyak projek-projek gajah putih:
bangunan yang tidak berguna dan biar saja sana.
projek rumah murah pun jarang nampak kerajaan bn bina.
rakyat terpaksa tinggal dalam kawasan rumah haram.

wang yang berjumlah besar juga dapat diguna habis dalam masa seminggu.
wang tersebut digunakan dalam mana projek atau pemberian juga tiada rekod.
setiausaha kerajaan pun membiarkan perkara tersebut tanpa sebarang pertanyaan.
susahlah kalau ahli bn jadi pengurus wang peribadi saya.
saya pasti akan menjadi miskin dengan sekilas mata.

tabung wang dalam persatuan isteri ahli-ahli exco pun boleh ditukar ke akaun lain.
susahlah persatuan isteri ahli exco yang baru ini.
tabung ini adalah untuk anak yatim,ibu,janda dan sebagainya.
ini bukan untuk isteri-isteri exco tau wang bn.
perkara ini brlaku di selangor dan p.pinang.

projek yang dirancang oleh kerajaan bn dulu pun dapat dinafikan bn sendiri.
perkara ini adalah perkaitan dengan pkr.
pkr ini bukan parti keadilan rakyat.
tetapi ialah projek khizir raksasa.
ahli bn khir toyo manafikan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa dia cuma bincang projek khizir kecilan.
tapi laporan dan gambar-gambar telah menafikan penyataan beliau.


kerajaan negeri pakatan rakyat pun ada kelemahan.
mreka bertindak macam ahli pembangkang,bukan sebagai ahli kerajaan.
ini adalah kerana mereka hanya tahu memberitahu orang ramai tentang kelemahan bn tanpa jalan penyelesaian.
perkara yang berkaitan ialah jalan yang tertutup oleh syarikat tol di kawasan mahkota.
mereka menimbulkan perasaan marah rakyat kawasan tersebut.
mereka telah lupa peranan mereka sebagai kerajaan negeri.
banyak tindakan boleh diambil selain daripada jeritan saja.

mana-mana kerajaan pun ada kelemahan.
rakyat perlu buka mata sendiri untuk melihat dengan terang.
menilai mereka dalam hati dan bersuara pada masa yang tepat.

marilah menjadi tuan bagi kerajaan negeri.

Tiada ulasan: