Jumaat, Mei 30, 2008

golongan petani yang terkorban!

krisis kekurangan makanan.
ini adalah akibat kekurangan beras.
ini adalah kerana kekurangan dorongan menanam padi.

siapa yang menyebabkan perkara yang sebut di atas berlaku ke atas petani?
bukan kerajaan tidak menyokong petani menanam padi.
tetapi cara memberi subsidi adalah kurang tepat.

subsidi ini diberi oleh kerajaan kepada tuan elah meminjam tanah.
kebanyakan petani pinjam tanah untuk menanam padi melalui tuan tanah.

tuan tanah bukan saja telah dapat bantuan kerajaan,
hasil tanaman padi juga diambil olehnya.
ini adalah hak tuan tanah.

petani yang menanggung kos yang tinggi,kekurangan mesin atau jentera yang canggih telah menyusahkan proses menanam padi.

ini telah mematahkan semangat mereka.
petani menjadi malas dan mengambil peluang untuk menceburi diri ke dalam bidang lain yang lebih menguntungkan seperti:kelapa sawit.

jadi,langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah memberi bantuan teknologi,kursus serta subsidi terus kepada petani.
bukan untuk tuan tanah.

selain itu,harga baja juga perlu diberi perhatian.
harga yang semakin meningkat adalah akibat harga minyak yang tinggi.

demi kepentingan petani,kerajaan perlu memahami masalah petani dan memberi penyelesaian yang betul.

Tiada ulasan: