Sabtu, Mei 31, 2008

kehilangan datuk bandar

supp hilang kuasa dalam pemilihan datuk bandar kuching.
sebab mereka hilang kuasa ialah mereka kalah 5 kerusi dalam pr di kuching pada tahun 06.
ini adalah kesahihan politik.
terpaksalah ahli politik terima.

datuk bandar ini adalah dari industri swasta.
bukan dari bidang politik.
ini mendatangkan manfaat.
ini adalah kerana ahli politik bukan saja sibuk dalam parti,pertubuhan kerajaan dan sebagainya.
susah untuk mereka lepas tangan dan senang diri.

datuk bandar merupakan tanggungjawab yang berat.
jadi,golongan masyarakat atau swasta yang sesuai adalah lebih sesuai menduduki kerusi ini.
imej mereka lebih positif dan bersih.
profesional dan berpengalaman dalam bidang tertentu.
tiada pencanggahan faedah atau pendapat.

supp perlu bangkit demi kerusi dbk.
kalau tidak,supp akan menerima padah.
kerana pbb akan semakin berkuasa dan berleluasan.
ini macam perbuatan umno.
bertindak macam tuan.
ahli lain cuma hamba saja.

pbb berjuang untuk bumiputra.
supp berjuang untuk orang cina.
nasib baik,cm masih mengambil berat orang cina.
cm juga berfikiran rasional dalam keputusan tersebut.
ini adalah kerana kebanyakan penduduk di kuching adalah daripada orang cina.

keputusan ini juga telah menyenangkan hati ketua supp.
kerana beliau mahu dbk ialah orang cina walaupun bukan dari pilihan parti sendiri.
kalau tidak,pihak pembangkang pasti akan membangkitkan perkara tersebut.
dan menjadikannya sebagai bahan ejekan.
ejek supp macam hamba yang tidak dapat bersuara apabila berdepan dengan cm.

pbb=pemberi bantuan besar
supp=saya ukai penerima padah

ukai=bukan(bahasa iban)

saya berharap agar hubungan antara parti ialah adik beradik.
jangan jadi bapa dengan anak,
mahupun hamba dengan tuannya.
ini adalah tragedi politik.

Tiada ulasan: