Jumaat, Mei 30, 2008

berani cakap benar!

saya cuma orang biasa.
seorang manusia yang normal.
ada perasaan,emosi dan buah fikiran.
jadi,aku berani cakap benar.
tidak kisah pandangan orang.

saya rasa ulasan yang benar mesti disampaikan kepada sesiapa yang ingin tahu.
bagi mereka yang suka dengar ulasan yang "sedap" dan senang hati apabila didengar,
pasti tidak suka ulasan benar saya.

pandangan yang saya beri bukan kritikan.
tetapi ialah cadangan.
mungkin orang ramai salah faham apa yang saya maksud.
jadi mereka fikir saya anti-kerajaan.

di sini,
saya ingin menjelaskan bahawa pendirian saya dalam politik adalah neutral.
tidak bantu mana-mana pihak.
yang baik,aku punji.
yang lemak,saya beri cadangan.
apa salah saya?

yang aku kurang faham,kenapa blogger selalu dipandang serong?
blogger merupakan golongan yang mengambil berat terhadap masa depan bersama.
mereka cuma berani bersuara.
bersuara demi kebaikan dan kepentingan bersama.

ini bukan perbuatan yang tidak taat setia.
ini ialah perasaan cinta yang membuat mereka
bersuara.
bertindak.
bermuafakat.

Tiada ulasan: