Sabtu, Ogos 16, 2008

bandingan antara semenanjung dengan sarawak.

saya telah membuat lawatan ke genting selama 5 hari pada 23.07.08.
saya telah mengalami kehidupan di bandar besar seperti:kl.

taraf hidup mereka adalah setaraf dengan kos hidup mereka.
apa-apa barangan dan perkhidmatan yang dijual atau beri adalah 2 hingga 5 kali ganda jika dibanding dengan kos hidup di sarawak.
seperti:nasi ayam di semenanjung mahu rm7.50,rm3.50 untuk sarawak.

jalan raya juga lebih tinggi dan besar jika dibanding dengan sarawak.
banyak lebuh raya didirikan untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas yang teruk.
kalau salah jalan,mahu jalan jauh baru dapat pusing.

cara para pemandu memandu kereta juga menakutkan saya.
nasib baik,lori dan bas besar hanya mengikut lorong kiri jika tidak memotong.
selain itu,lorong motosikal juga disediakan di sesetengah jalan.

ketinggian bangunan juga mengejutkan saya.
di kl,saya ternampak satu pusat beli-belah merupakan pusat jualan pc.
dalam pusat itu,pelbagai alatan teknologi boleh didapati dalam seluruh block itu.

yang paling mengejutkan saya ialah salah satu pusat beli-belah mempunyai mainan roller coaster dan seluruh blocknya menjual barangan berjenama.
fesyen dan jenama terbaru baju juga didapati lebih banyak pilihan.

banyak pertunjukan atau persembahan diadakan di luar pusat beli-belah pada hari sabtu.
banyak pelancong dari negara barat dan arab lalu lalang di sekeliling pusat beli-belah.
patutlah orang ramai mahu pindah pergi ke bandar kerana mempunyai banyak peluang perkerjaan,peluang belajar,peluang mendapat pengalaman adalah tinggi.

dalam perjalanan ke genting,saya ternampak kawasan perumahan orang melayu dan cina yang miskin di selangor.
kawasan tersebut merupakan kawasan perumahan golongan berpendapatan rendah.
susunan rumah dan kedai rapi dan sempit.
jalan pun kecil gila-satu lorong sahaja.
kawasan tersebut serupa dengan tempat tinggal saya di sarawak.

di kl,saya juga nampak banyak bangsa india.
perkhidmatan dan pengorbanan mereka terhadap kl amat saya hargai.
sepanjang jalan kapal terbang mempunayai kelapa sawit.
inilah usaha mereka mengusahakan ladang kelapa sawit.
mereka juga diupah menjadi penjaga pusat beli-belah.
jangan pandang rendah mereka kerana kita sama-sama ialah manusia.

walaubagaimanapun,kl bukan sangat sempurna kerana masih ada kelemahan.
saya fikir saya lebih sesuai tinggal di sarawak.
orang-orang di sini lebih mesra dan bersifar pemurah walaupun kekurangan kebendaan.
tapi,sokongan dari mental amat diperlukan oleh saya.

harap-harap semua orang di dunia ini dapat puas hati dengan apa yang ada.
jangan hilang jati dan maruah diri apabila mengejar kebendaan.

Tiada ulasan: