Sabtu, Ogos 23, 2008

saya kena tipu!

saya kena tipu oleh laporan berita sin chew jit poh.
laporan itu itu adalah mengenai siaran langsung debat antara ketua menteri lim guan eng dengan berkas ketua menteri pulau pinang akan disiarkan secara langsung dalam rtm 1 pada pukul 9pm.
tapi,menurut jadual masa tv.acara yang akan disiaran langsung ialah pertandingan membaca al-quran pada pukul 8.30pm hingga 11pm.
harap-harap wartawan dan kakitangan suratkhabar tersebut prihati terhadap perkara yang disebut di atas agar tidak menimbulkan masalah atau kesulitan lagi.

saya terpaksa menonton ntv7 yang kurang jelas di rumah saya.
saya mahu memberitahu anda bahawa bukan semua tempat dapat menerima siaran ntv7 dengan jelas di sarawak.
walaupun tempat tinggal saya di sibu bukan sangat besar,tapi sibu telah berjalan dalam proses bandar raya.
harap-harap kerajaan negeri dapat mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin kerana banyak lapisan masyarakat kurang mampu bayar siaran bayaran.

yang saya paling kecwa ialah tv3 menyiar debat tersebut pada pukul 12:30am.
siapa dapat tunggu sampai begitu lewat kerana besok mahu kerja atau belajar lagi.
jangan ingat kami sangat senag,dapat membazir masa,tenaga dan jiwa dalam proses menunggu.
inilah kesulitan yang dihadapi oleh golongan rendah lagi miskin.
siapa akan tahu dan pernah merasainya?
harap-harap menteri penerangan yang berfikiran terbuka dapat mengambil berat atas kesulitan golongan rendah dan melaksakan pengubahsuai yang betul lagi capat agar kepentingan rakyat dibela.

sekian terima kasih!
dan meminta maaf jika saya keterlaluan dalam penulisan.

Tiada ulasan: