Rabu, Disember 31, 2008

31.12.2008......

selepas hari ini,saya mungkin tidak dapat online lagi.
kerana wireless percuma mungkin akan dikenakan caj.
sebenarnya,wireless yang percuma ini telah banyak membantu saya dalam pencarian maklumat walaupun penyambungannya selalu putus pada masa tertentu(12pm,5pm,12am......)

31.12.2008,
tiada apa-apa yang bermakna kepada saya.
hari ini bukannya penamatan.
1.12009 juga bukan permulaan.
hari tersebut cuma hari pemikiran.
fikir sama ada diri sendiri ada kemajuan atau ketinggalan.

jangan hanya tahu bersuka ria.
cubalah gunakan masa tersebut batlah sesuatu yang bermakna lagi bererti.
kerana masyarakat ini telah banyak mengajar kita.
suka ria cuma membawa ransangan kepada luaran dan fizikal sahaja.
kepentingan mental lagi perlu dijaga.
keperluan fizikal dapat diatasi oleh kebendaan seperti;wang.
tapi,keperluan mental lagi senang didapati jika anda meluangkan masa untuk memerhati keadaan sekeliling anda.

masa tidak tunggu anda.
masa lalu tidak akan kembali.
masa tetap mengalir dan menuju ke masa depan.
jadi,kita mesti pandang depan,jalan berhemat,dengar dengan jelas,fikir secara cermat,buat dengan rajin dan cakap secara bermoral.
kesahihan dan kebenaran tunggu kita di tengah bulatan.

Selasa, Disember 30, 2008

rancangan saya pada tahun 2009!

pada tahun 2009,saya mempunyai rancangan yang berikut:
  • membuka gerai"satu soalan,satu ringgit.tiada jawapan,tiada bayaran."
  • memerhati perubahan politik sedunia.
  • bergaul dengan lebih banyak orang lagi.
  • menghasilkan lebih banyak karangan lagi.
  • mengadakan lawatan ke sabah.
  • menyesuaikan teori sendiri dengan alam sekitar.
  • menjaga kesihatan diri sendiri dengan melakukan senaman.
  • meneruskan usaha dan kejayaan tahun 2008.
  • menjalin hubungan erat dengan ahli keluarga.
  • memiliki imej baru.

kejayaan saya pada tahun 2008!

dalam tahun 2008,saya telah banyak mendapat faedah dan pengalaman kehidupan.
  • menyedari diri sendiri lebih mementingkan logikal.
  • meluangkan lebih banyak masa untuk membaca buku.
  • neutral dalam bidang politik dan agama.
  • membuka blog sendiri.
  • meluangkan masa untuk memerhatikan keadaan perubahan politik di malaysia.
  • bebas daripada kongkongan kerja.
  • menemui seorang kawan yang dapat berbual perkara atau isu semasa dan ilmu pengetahuan yang didapati menerusi bahab bacaan harian.
  • meningkatkan nilai moral dalam kehidupan harian.
  • dapat menonton siaran langsung parlimen,debat-debat ahli politik,sidang parti dan lain-lain.
  • lawatan ke genting highland dan memiliki sebiji bola sepak.

kehidupan saya seperti lalat!

lalat sering dibenci oleh orang ramai kerana membawa bakteri.
lalat selalu berhenti di atas sampah,tahi,makanan dan sebagainya.
kadang kala,lalat selalu langgar kaca tingkap apabila tertahan di rumah.

hidupan saya seupama "lalat".
saya kurang diterima oleh orang ramai.
kerana saya mempunyai cara pemikiran yang berbeza dengan orang ramai.
saya selalu memberi perhantian atas bahan bacaan:surat khabar,buku bacaan dan sebagainya.
selain itu,saya selalu bertindak mengikut teori tanpa menimbangkan keadaan alam sekeliling.
jadi,saya tidak disenangi oleh orang di sekeliling saya.

mereka menganggap saya seorang yang aneh lagi kurang disenangi.
bukan saya tidak tahu kepentingan hidup secara berkumpulan.
tapi,saya tidak tahu cara mengaitkan teori dengan keadaan sebenar.
saya mementingkan perubahan mendadak daripada perubahan perlahan.
saya terlalu mementingkan kesempurnaan kehidupan.
jadi,saya hidup dalam impian dan bertindak secara teori.

adakah saya mempunyai persamaan dengan kehidupan lalat?

Jumaat, Disember 26, 2008

banyak orang sedang cari kerja!!!

sarawak merupakan kawasan yang sedang berkembang.
kegiatan kayu balak,industri kapak dan sebagainya semakin ketinggalan dan telah digantikan dengan kegiatan kelapa sawit.
tapi,harga kelapa sawit telah semakin hari semakin menurun.
banyak pengusaha kelapa sawit telah mengalami kerugian dan terpaksa mengurangkan pekerja.

bapa saya telah bekerja sebagai pemandu shovel sebanyak 20 tahun.
selepas kemelosotan kegiatan kayu balak,bapa saya telah tukar kerja menjadi supervisor kelapa sawit.
setelah mengalami penurunan harga kelapa sawit,bapa saya telah hilang kerja tersebut.
dia telah memilih kerja pemandu shovel di kawasan pasir.
dia akan hilang kerja itu lagi pada akhir bulan ini(5 hari lagi) kerana kemerosotan ekonomi amerika syarikat.
semasa kehilangan kerja,bapa saya terpaksa berehat di rumah selama 5 bulan secara purata.

pada akhir tahun ini,banyak pekerja-pekerja di kawasan pembalakan terpaksa kehilangan bunga dan berehat lebih awal kerana kemerosotan ekonomi.
kemerosotan ekonomi menyebabkan banyak syarikat asing telah membatalkan pembelian kayu balak.
syarikat perobot juga mengurangkan stok papan kilang mereka.
tidak tahulah bilakah keadaan ini akan berakhir.
industri kayu balak ini akan pupus tidak lama lagi jika keadaan ini berterusan.
pada masa itu,banyak orang akan kehilangan peluang pekerjaan.
tak tahulah apa tindakan kerajaan tempatan sarawak akan ambil pada masa itu.

selain itu,saya juga tidak akan cari kerja lagi!
kerana banyak syarikat tidak mementingkan usaha yang dicurahkan oleh tenaga pekerjanya.
mereka meminta calon kerja memberi maklumat yang lengkap lagi benar.
ini saya terima.
tapi,apabila kami minta maklumat tentang kebajikan pekerja.
mereka tidak memberitahu sesuatu pun.
ini tidak adil dan saksama.
mereka cuma akan memilih calon yang meminta gaji yang paling rendah.
ini telah membuktikan mereka kurang mementingkan kebolehan seseorang.
mungkin ini adalah kesalahan saya kerana hanya melihat dari sudut diri sendiri.

dari sudut pengurus syarikat,mereka mahu menimbangkan kepentingan syarikat.
mereka perlu menjaga keuntungan dan mengelakan kerugian.
tapi,mintalah jangan mengabaikan kepentingan pekerja.
kalau tiada tenaga pekerja,sesebuah syarikat pun tidak akan wujud.
tiada orang dapat hidup bersendirian.

kerja,kamu direbut oleh orang ramai pada masa kini.
janganlah anda sembunyi di belakang golongan atasan dan dikongkong oleh mereka!

Khamis, Disember 25, 2008

tentang saya!

saya ialah seseorang yang mementingkan prinsip hidup.
saya akan mempertahankan diri dalam soal prinsip hidup sehingga saat terakhir.
walaupun terpaksa menjauhi orang ramai dan bersendirian,saya tetap dan tenguh atas pilihan aku.

saya tahu susahlah untuk manusia untuk hidup bersendirian.
tapi,saya tidak senang diri apabila berhadapan dengan orang.
saya tidak takut bersendirian dan kehidupan yang biasa.

mungkin saya menganggap diri sendiri terlalu bermoral dan berhemah.
jadi,saya menganggap masyarakat ini kurang sempurna dan ahli masyarakat kurang suci.
inilah kelemahan saya.

jadi,banyak orang di sekeliling saya kurang senang hati atas pandangan saya.
lama-kelamaan,saya telah mengambil keputusan untuk hidup dalam dunia sendiri tanpa menhiraukan pandangan serong orang lain.
saya buat perkara yang saya minat dan bermakna.
kerana banyak perkara di dunia ini memakankan masa.

mungkin saya laku seperti lalat.
selalu langgar dengan cermin kerana langgar sembarangan dan tidak memerhatikan keadaan sekeliling saya.
saya tidak mahu tunduk kepala dengan kesusahan dan kesulitan.
saya tidak mahu beransur dengan orang yang tidak mementingkan kesucian dan ketulenan.
walaupun saya tahu bermuafakat dengan orang lain adalah jalan terbaik.

saya ibarat sel.
orang lain ialah sekumpulan sel-tisu.
mereka berkerjasama dalam segala urusan.
saya tidak dapat bercampur dengan sel lain kerana mempunyai antibodi yang kuat untulk membunuhnya.
antibodi ini di luar kawalan saya dan susah untuk dihapuskan.

saya akan meneruskan kehidupan saya dalam keadaan bersendirian.
saya tidak akan kalah walaupun bersendirian.
saya akan hidup lebih biasa daripada orang ramai dan berdiri teguh atas pendirian dan prinsip kehidupan saya.

Jumaat, Disember 05, 2008

jangan langgar had dan bantasan!

had atau bantasan yang ditetapkan mestilah dipatuhi oleh semua orang demi kepentingan bersama.
kalau tidak,kami semua akan mengalami kehilangan arah dan menimbulkan ketidakseimbangan.

pada 3 disember,saya telah melanggar sebuah kereta bermodel waja.
hal ini disebabkan saya menunggang motosikal sehingga had laju 80km per jam.
biasanya saya hanya tunggang hingga 60km/j.
saya menunggang dengan had laju 80km/jam disebabkan takut ketinggalan ceramah yang akan diadakan pada pukul 7pm.
biasanya saya akan bertolak 15 minit lebih awal daripada jam yang ditentakan.
tapi,saya juga tidak mahu ketinggalan rancangan kartun bernama "detective conan".
jadi,saya bertolak pada pukul 7pm.

dalam kejadian kemalangan itu,sebab utama yang menimbulkan kemalangan ialah had laju saya dan kesalahsangkaan saya terhadap kereta yang mahu ikut mana satu lorong.
pada masa itu,kereta itu belok dari jalan persimpangan.
pemandu itu mengikut lorong kanan.
apabila saya menunggang ikut kiri dan mahu memotong dia,dia memusing ikut lorong kiri pula secara tiba-tiba.
jadi,saya telah melanggar bahagian kiri belakang kereta.
motosikal saya jatuh ke tanah telah mengemek keretanya dan menyebabkan warna keretanya tertanggal.
nasib baik,saya tiada apa-apa kecederaan parah.
cuma kulit tercakar dan bengkak.

pada keesokan hari,saya telah dihubungi untuk membincang soal pembaikian dan ganti rugi.
kos pembaikian ialah rm300.
bengkel kereta itu ialah pilihan tuan kereta.
sebelum ini,saya telah menanya tentang harga pembaikian di bengkel lain,iaitu sebanyak rm300.
saya telah pilih yang dipilih oleh tuan kereta kerana bengkel itu ialah kenalan bapa mertuanya dan bengkel yang biasa dia pergi.
kualiti pembaikian terjamin.

selepas itu,saya diminta bayar ganti rugi sebanyak rm200 atas penyimpanan kereta di bengkel sebanyak dua hari.
kerana kereta merupakan satu-satunya pengangkutan yang membawa dia pergi kerja,klinik,pasar dan sebagainya.
lagipun,isteri dia dalam kehamilan.
sebenarnya,dia boleh minta pertolongan dari ahli keluarganya atau kawan.
tapi,dia menjelaskan bahawa dia ialah seorang pambaiki hawa dingin kapal.
dia memerlukan kereta untuk dia pergi sana sini.
lagipun,dia memerlukan kereta untuk mengutip hutang kawannya dan membaiki hawa dingin kereta dan rumah sebagai kerja sampingannya.

saya rasa dia telah membesar-besar hal tersebut.
ketiadaan kereta 2 hari mungkin boleh menjimatkan wang lagi.
dia boleh mengurangkan perbelanjaan walaupun kekurangan kemudahan kereta.
2 hari saja pun tidak boleh tahan dan tolak ansur.
dalam pembincangan,saya bercadang membayar ganti rugi itu sebanyak rm100.
tapi,dia masih mahu rm200.
setelah pembincangan lama,dia telah menerima rm150 sebagai gani ruginya.


orang-orang pada masa kini memang mementingkan wang daripada keperluan mentah.
hal ini mungkin disebabkan tekanan kos kehidupan.
saya memahami kesusahannya kerana mempunyai isteri yang hamil dan seorang anak perempuan mahu dibela.
jadi,saya menganggap saya membayar wang sebanyak rm450 sebagai pengajaran langgar had laju dan dermaan kepada tuan kereta yang hidup susah itu.

bukan saya tidak mahu lapor polis atau syarikat insuran.
demi kebaikan bersama dan menjimatkan masa kedua-dua pihak,saya terpaksa mengalami kerugian walaupun munculnya ketidakadilan dalam kedua-dua pihak.
tapi,saya tidak melanggar undang-undang.
saya tidak akan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang dan naluri hati saya.

saya beranggap bahawa masalah itu bukanlah satu masalah jika boleh diatasi dalam proses mendapati keadilan.
tapi,wang bukan segala-galanya.
wang tidak dapat menyelesaikan segala-galanya.
seseorang itu akan kehilangan maruahnya apabila menerima jumlah wang tersebut kerana dia telah menjual maruah atas tarikan wang atau kebendaan.
tapi,ini merupakan keadaan sebenarnya dalam masyarakat kita.
semakin hari,samakin banyak orang tidak mengamalkan sikap bermuafakat lagi kerana tekanan hidup yang semakin besar lagi berat.

saya berharap agar pihak masyarikat termasuk:pihak kerajaan,polis,insuran,agama,ibu-bapa dan sebagainya boleh memainkan peranan masing-masing dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya kepentingan bersama dan keadilan masih wujud dalam dunia yang kejam ini!

saya juga akan bertolak lebih awal daripada masa bermula dan mengikuti had laju biasa yang saya tunggang.
ingatlah jangan langgar had dan bantasan dalam seumur hidup saya!
inilah pengajaran dan pengamalan saya.