Sabtu, Julai 19, 2008

jangan pergi kl?kerana jalan besar pun susah jalan?

saya akan lawat ke genting pada 23.7.08.
perkara yang saya bimbang bukan pasal wang.
yang saya risau ialah kesesakan lalu-lintas.

kesesakan ini adalah luar biasa.
keadaan ini disebabkan oleh perbuatan manusia.
kerajaan mengata operasi sekatan yang diadakan ini atas sebab keselamatan parlimen.
mahu mengelakkan tunjuk perasaan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh anwar-pihak pembangkang.

saya tidak tahu keadaan ini akan dialami dalam lawatan saya tak.
harap-harap jangan berlaku atas orang yang tidak berkenaan.
ini bukan menyusahkan orang awan yang lalu lalang.
malah pembaziran petrol juga berlaku secara berleluasan.
kerana empat jalan hanya satu jalan dibenarkan jalan sahaja.

pandai-pandailah sendiri apabila mengurus kesulitan rakyat jelata sebelum kemarahan dan api rakyat tertimbul.
kesabaran manusia tidak seluas tuhan yang mahabesar itu.
harap saya dapat ucap selamat jalan kepada kesesakan lalu-lintas dan bukannya selamat tinggal.
genting highlang,kamu sambut baik kedatangan saya tak?

Jumaat, Julai 18, 2008

saya suka tunjuk perasaan tanpa menggnggu orang lain!

saya rasa saya hidup dalam ketidakpuasan dalam kehidupan saya.
mungkin saya mengamalkan prinsip kesempurnaan dalam hayat hidup saya.
ini bukan saja menyusahkan saya,malah orang di sekeliling saya juga dipengaruhi.

banyak perkara yang saya tidak puas hati;
juga ada banyak perkara yang saya tidak dapat buat.
jadi,saya hanya dapat diam diri dan tunjuk perasaan secara senyap dalam hati secara sepanjang hayat hidup aku.
ini adalah kerana saya ialah seorang yang inginkan kebebasan dan tidak mahu diikat oleh wang, kedudukan,kenamaan,kuasa dan beban orang lain.

di dunia ini,adakah orang bersifat macam saya?
saya mahu cari anda.
orang yang suka tunjuk perasaan secara senyap dalam hati.

debat-pembuka pemikiran demokrasi!

pada mulanya,saya mendapat tahu tv3 menyiar secara langsung dari surat khabar.
saya berasa kecewa apabila mengetahui hos siaran tv3 telah menyiar debat ini secara tertunda selama 2 jam.

demi menonton debat siaran langsung ini,
saya telah pergi kedai kopi berhampiran dengan rumah saya.
kerana saya dalam golongan miskin.
tiada saluran astro yang dikenakan bayaran sekurang-kurang rm60 sebulan.
saya rasa banyak golongan miskin ada perasaan yang sama dengan saya.

yang saya gembira kerana ada penurunan harga minyak.
sebelum ini,penurunan minyak tak pernah berlaku selama ini.
jadi,saya sokong harga ini kalau banding dengan rm2.70.

dalam debat ini,anwar mengatakan beliau akan menurunkan harga sebanyak 50 sen,iaitu rm2.20 per liter.(naik 28 sen sebelum pr12)
saya tidak penduli sama ada potongan 50 sen ini ialah harga minyak sebelum atau selepas naik.
penurunan harga anwar ini juga seiras dengan tajuk:hari ini membentuk kerajaan, besok turun harga minyak tanpa mempendulikan unsur politik(sama ada harga minyak itu harga sebelum atau selepas pilihan raya ke-12.)

dalam debat ini,menteri penerangan bersuara tinggi dan kelihatan penuh dengan keyakinan diri.
anwar bersuara biasa dan rendah jika berbanding dengan ceramah biasa.
anwar berbuat demikian disebabkan mahu mengelakkan ketidakpuas hati ahli-ahli bn.
jadi,anwar masih nampak yakin menang dalam debat ini.

satu perkara yang penting dalam debat ialah jangan melakukan serangan peribadi.
setelah menteri serang anwar semasa beliau selaku timbalanmenteri,menterikewangan,pengikut imf dan sebagainya,anwar baru serang menteri sebagai berkas ahli semangat 46.
saya tidak sokong serangan peribadi.

dalam debat,anwar jawab semua soalan yang dikemukakan;
menteri mengelakkan sesetengah soalan dengan serangan peribadi.
jadi,debat ini adalah kekurangan adil kerana kedudukan tidak rata dan seimbang.
kalau menteri digantikan dengan pm,pastilah debat ini bermakna dan mengejutkan rakyat.
harap-harap pihak penganjur mengambil berat perkara ini.

di sini,saya berharap agar debat macam ini boleh diteruskan agar pelbagai pihak mempunyai ruang yang terbuka untuk menyampaikan mesej kepada rakyat jelata.
ini adalah salah satu kemajuan negara demokrasi.

mana rancangan rakyat tuju?

selepas 8.3.08,arus politik telah mengalir deras.
nampahnya,ekonomi terjejas,pepecahan dalam parti,undi tak percaya kepada pm,perebutan kuasa pihak pembangkang,kemunculan pangkatan rakyat dan kekerapan tunjuk rasa telah mengelirukan wakil-wakil rakyat dalam menyauarakan suara rakyat.

ahli-ahli parlimen telah hilang arah tuju mereka.
mereka telah lupa bahawa parlimen merupakan tempat menyuarakan keperluan rakyat.
mereka lupa indentiti sebagai wakil rakyat kerana masing-masing masih bergiat-giat mahu main politik-macam sedang main api atas baju sendiri.

pihak kerajaan masih meneruskan perkhidmatan mereka.
hanya segelintir ahli bn masih lakon demi mendapat sambutan macam bandul;
pihak pembangkang masih bergiat-giat dalam rancangan perebutan kuasa kerajaan.
mereka telah lupa keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pr-12.

sebenarnya,ahli-ahli bn masih selamat jika tiada perebutan kuasa berlaku dalam anggota penting.
keputusan pm mengalihkan kuasa kepada pembantunya dalam 2 tahun telah mengukuhkan kedudukannya supaya mempunyai ruang dan masa untuk menylesaikan perebutan kuasa dalam parti,melaksanakan perubahan dalam bidang kehakiman dan kegiatan pencengahan rasuah serta mengukuhkan ekonomi.

sebaliknya,pembentukan dua garisan kerajaan masih lemah.
hal ini disebabkan anggota-anggota dalam pangkatan rakyat masih belum mempunyai suara bermuafakat dan masih berjalan dalam arah sendiri.
ahli pangkatan rakyat masih mempunyai rancangan masing-masing.
seperti pas mahukan negara islam;pkr mahukan negara berperlembangan;dap menafikan negara islam.

nampahnya,pr belum sedia menjaga kepentingan rakyat.
mereka masih "mencari gaduh" dengan ahli-ahli bn.
mereka katakan mengundi tak percaya kepada pm atas kepentingan rakyat;
tapi niat mahu memengang kuasa kerajaan jelas dalam kelihatan rakyat jelata.

kalau pr mementingkan kepentingan rakyat,cubalah memberi cadangan bernas dalam parlimen tanpa mengira latar belakang dan peranan masing-masing.
mereka juga perlu mengurus negeri-negeri yang didapati dengan sempurna demi kepentingan masa depan sebelum mendapat kuasa kerajaan pusat.
kerana kepentingan dan sokongan rakyat adalah paling penting dalam bidang politik.

jangan risau!
rakyat jelata ada mata.
siapa mementingkan rakyat,rakyat pasti tahu.
mereka akan pilih 'pengurus' yang sesuai pada masa akan datang.
rancangan rakyat akan terus diadakan walaupun ada pihak mahu campur tangan secara tidak langsung.

Sabtu, Julai 12, 2008

terima kasih media massa tv3 dan rtm!

maklumat terbaru:tv3 akan menyiarkan debat menteri berita dengan anwar ibrahim.
ini telah membantu golongan miskin yang tiada saluran astro menonton siaran percuma.

selain itu,rtm juga banyak membuat perubahan selepas menteri berita baru naik ke atas kerusi ini.
rancangan seperti:blog,what say you,galeri perdana mandarin dan debat perdana.
selain itu,drama hong kong dan melayu juga menarik perhatian saya.
harap-harap rtm terus berusaha demimaju jaya.
kalau ini berlaku,rakyat jelata akan mendapat manfaat.
kerajaan pun senang hati dan bangga atas peranan yang dimainkan.

saya kurang setuju rtm ialah milik bn.
rtm dimiliki oleh kerajaan pusat.
maklumat yang disampaikan adalah maklumat kerajaan.
jadi,pihak pembangkang telah salah taksif dan rasa kurang adil kerana tidak dapat muncul diri dalam rancangan rtm.
sebenarnya,kalau pihak pembangkang bersifat positif,pihak rtm pasti akan menjemput anda.

berita-berita dalam tv3 memainkan peranan dalam media massa.
mereka profesional dan selalu membuat siasatan dan wawancara untuk mengenali lebih banyak isu dan perkara yang berkaitan.
mereka juga menjemput pihak luar memberi pendapat dan buah fikiran.
jadi,tv3,sebagai media massa persendirian nampah lebih bebas daripada rtm.

selain itu,satelit china juga menjadi saluran saya mendapat maklumat.
banyak rancangan forum disiarkan.
ini adalah kebebasan media massa yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia.
rancangan srperti ini banyak diadakan di media massa taiwan.
ini mungkin disebabkan demokrasi taiwan lebih mengikut stail as.

kebebasan media massa amat penting dalam sistem demokrasi.
harap-harap kerajaan dapat menerima suara yang berbeza dan menyalurkannya kepada seluruh rakyat negara.

stail dan kehidupan saya!

saya sudah meletak jawatan sebagai kerani selama 15 hari.
saya akan pergi genting pada 23.7.08.
jadi,saya belum cari kerja lagi.
saya akan mencari kerja selepas lawatan ke genting.

pada masa ini,saya akan menggunakan masa dengan bermakna.
saya menonton parlimen pada pukul 10.
setiap jam,saya akan mendengar berita menerusi radio.
selepas tengah hari,saya akan membaca 6 buah suratkhabar di dewan budaya selama 3 jam.
selepas itu,saya menonton karton dan drama pada waktu malam menerusi satelit china.

adakah saya membazir masa saya?
orang berlainan jenis berpendapat berlainan.
jadi,saya tidak hirau pandangan orang lain.
saya mahu hidup dalam stail yang saya pilih.
oleh itu,saya mesti tanggu sendiri jika mendapat kesulitan dalam kehidupan.

mungkin saya seorang yang inginkan kesempurnaan dan kebiasaan dalam kehidupan saya.
saya puas hati dengan keadaan saya,tapi tidak puas hati dengan suasana negara yang berfikiran kolot dan ketinggalan zaman.
jadi,kehidupan saya selama ini macam sedang protest dan menunjuk perasaan tidak puas hati secara senyap.
saya mahu reformasi!kebebasan!demokrasi!
tapi bukan reformasi anwar yang keterlaluan.

seorang kawan saya yang berfikiran masak berpendapat saya macam sebiji sel hidup yang tidak mahu bergaul dengan sel hidup lain.(tisu)
saya menerima pendapatnya.
saya benar-benar tidak pandai dalam pengaulan sosial.
jadi,saya rugi jika berbanding dengan orang lain.

kawan saya berpendapat saya ada sifat tersendiri.
dia menasihati saya supaya bergaul dengan orang lain tanpa mengubah sifat tersendiri.
saya rasa pendapat dia bernas.
tapi,saya tidak dapat buat demikian.
macam ada antibodi di antara sel dengan tisu lain.
saya terpaksa menerima kelemahan saya.(degil,tegas,susah mahu berkejasama)
ini juga merupakan sebab saya meletak jawatan selepas berkhidmat selama 2 tahun 9 bulan di tanahmas hotel.

inilah saya.
terimalah saja orang yang unik ini!
janganlah suruh saya ubah.
saya sudah menerima kelemahan dan stail kehidupan saya.
bagaimana dengan kamu?

tiada ketua dalam pangkatan rakyat?

anwar ialah ketua pangkatan rakyat?

pas tidak setuju!
bagaimana dengan dap?
dap mengatakan bahawa rancangan merebut kuasa kerajaan pusat dan menarik ahli-ahli parlimen bn adalah rancangan anwar dan pkr sahaja.
mereka tidak sokong.

nampahnya pas dan dap tidak setuju anwar jadi ketua.
pr bukan sahaja tiada ketua,mereka tiada persetujuan dan sepakatan pun.
pr cuma ditubuhkan semasa mendapat kuasa kerajaan negeri.
masing-masing mementingkan diri sendiri saja.
bagaimana mahu menjaga kepentingan rakyat?

dua soalan untuk dap sarawak!

kenapa harga baju untuk protest kenaikkan harga minyak adalah berbeza?
kuching -$10.
miri -$15.
sibu -$10.

kenapa miri lebih mahal $5?
saya tidak faham.


dap cakap protest ini bukan mewakili pendirian parti,tapi suara bagi semua ahli masyarakat.
mereka umun bahawa tiada bendera parti akan muncul dalam protest.

kenapa saya nampah bendera parti dap dalam gambar surat khabar?
cakap tidak sama bikin.

kes rompak lagi!

pada bulan lepas, kes rompakan dan pecah rumah berlaku di kuching,sarawak.
banyak kes sebekini dilakukan oleh pakatan orang asing dengan orang tempatan.

orang tempatan tunjuk arah kerana tahu arah dan jalan;
orang asing pula pecah rumah dan rompak kerana lebih ganas dan berani mengganas.

banyak rumah besar dan orang kaya raya dijadi sasaran rompakan.
selepas rompakan,orang asing akan sembunyi dalam hutan.
mereka akan merancang rompakan seterusnya dan mengambil tindakan selepas beberapa hari.
selepas rompakan besar berturut-turut berlaku,mereka akan balik negara sendiri.
selepas rehat satu bulan,kumpulan rompakan baru akan muncul semula lagi.

mengikut laporan polis, satu tanda yang mudah diperoleh dalam kes-kes rompakan ini ialah mereka akan makan besar dalam rumah rompakan itu.
mereka mungkin tahu ilmu hitam yang boleh menidurkan tuan rumah dan mereka akan balik ke negara mereka selepas rompakan.
mereka tidak mahu makan di kedai-kedai makan atau tempat luar kerana takut dikenali orang awan.

saya marah kerana adanya orang tempatan yang tamak membantu orang asing mengancam orang sendiri yang berada di tanah yang sama.
harap-harap pihak polis dapat membanteras golongan orang tempatan dan orang asing yang terlibat dalam rompakan ini demi keselamatan dan keamanan awan.

Jumaat, Julai 11, 2008

naik perlu peluang,turun perlu kecerdikan!

pengerusi gerakan tidak akan bertanding kerusi pengerusi pulau pinang dalam pilihan raya parti yang akan datang.
beliau orang pertama yang mahu undur diri selepas partinya kalah besar dalam pr-12.

pengerusi dan naib pengerusi mca juga tidak akan tanding dalam pilihan raya parti yang akan datang.
mereka ialah pasukan yang kedua undur diri selepas kalah besar dalam 3.8.08.

pengerusi umno tetap tanding diri dalam pilihan raya parti yang akan datang.
tapi,beliau akan mengalihkan kuasanya kepada naib pengerusi-najib pada jun 2010.
beliau ialah orang yang ketiga undur diri pada masa depan.

bagaimana dengan pengerusi mic,pbb,supp......
mereka ini sudah lama duduk atas kerusi pengerusi.
sudah tiba masa untuk undur diri dan menyerahkan kuasa dan kerusi kepada generasi muda.

ingatlah kata-kata orang tua:
naik perlu peluang,turun perlu kecerdikan!

displin dalam parlimen,tanggungjawab siapa?

tanggungjawab bersama antara ahli-ahli parlimen,yang dipertua dan pihak media massa:
  • ahli parlimen mesti mematuhi cara menggunakan peraturan parlimen.
  • berhujah dengan tulus hati dan pendirian yang tidak mengambil kira unsur politik serta mengelakkan mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan pembahasan yang tidak bermakna.
  • mementingkan tatasusila dan tingkah laku diri sendiri.
  • mengamalkan sikap positif dan meningkatkan peratus hadir serta menanya soalan yang bermakna.
  • yang dipertua perlu mempunyai pendirian yang neutral seperti:hakim-mahu bertindak dan kelihatan adil dan saksama.
  • sensitif dan bertindak pantas dalam mengendali peraturan mesyuarat dan pembahasan.
  • media massa perlu menunjukkan profesional mereka dan melaporkan keseluruhan laporan parlimen atau point-point penting mesyuarat.
displin parlimen hanya dapat dikawal jika semua pihak berkerjasama melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sabtu, Julai 05, 2008

apa yang susah dipercayai?

  • akaun berkanun bali boleh dinafikan dan ditarik balik dalam 23 jam.
  • anwar dikatakan liwat lagi selepas 10 tahun.
  • najib dikatakan terlibat dalam pembunuhan wanita mongolia.
  • pakatan rakyat boleh mendapat kuasa kerajaan pusat sebelum 16.9.08.
  • ada ahli bn mahu lompat ke pihak pembangkang.

jadi,biarlah masa jadi mata kita.
semua ini belum ada bukti yang sah dan laporan berita yang nyata.
janganlah kita cemas dan kehilangan pertimbangan.
yang benar,tetap kenyataan!

rancangan malaysia ke-9?

  • rancangan ini memerlukan perancangan yang rapi dalam memberi kasih sayang,mementingkan kepentingan rakyat dan promosi kepada rakyat jelata.
  • apa yang perlu ditepikan ialah unsur-unsur politik,isu-isu perkauman,kotak gelap,pemikiran kolot dan terlalu melindung dalam sesetengah projek.
  • rancangan yang dikemukan pm kali ini kekurangan perhatian terhadap isu pembaikian keamanan awam,perancangan dalam sistem pengangkutan dan kawalan terhadap kes jenayah.
  • mesti memandang berat cadangan-cadangan ngo.
  • perlu meningkatkan promosi dan pengenalan rakyat dalam segala perancangan yang dilaksanakan demi membaiki imej dan kepercayaan kerajaan.
  • cubalah mendekatkan perkembangan dan pembangunan antara negeri-negeri.
  • jangan jimat dan cubalah menggunakan wang dengan cermat dan cara yang betul.
  • cubalah menarik dekat juang golongan miskin dan kaya.
saya hairanlah.
pm mahu rm300 juta dalam rmk9.
tapi perancangan yang dikemukan cuma melaporkan rm112 juta.
mana penggunaan rm188juta lagi?

jawab saya jika kamu tahu.
sekian terima kasih!~

Jumaat, Julai 04, 2008

berita hiburan dalam bidang politik?

berita politik di malaysia pada masa kini macam berita hiburan.
tiada sesiapa tahu mana satu benar dan mana satu palsu.
hanya orang berkenaan dan terlibat tahu sahaja.

semua ini menimbulkan kesibukan kepada wartawan-wartawan tempatan.
rakyat yang memerhati politik juga sibuk bincang dan mengikut perkembangan berita terkini.
saya akan cepat bosan jika berita-berita yang terpapar itu belum disahkan dengan bukti.

saya benci berita jenis khabar angin.
ini akan menyinggung perasaan dan menimbulkan keadaan huru-hara di kalangan masyarakat.
tapi ini tidak bermakna saya benci suara berbeza.
saya sanggup mendengar suara berbeza jika disahkan dengan alasan dan bukti yang nyata.

janganlah tukar arah tuju yang benar dan menyelirukan para pengikut perkembangan berita.
ini akan menyelirukan rakyat jelata dan orang-orang yang tidak terlibat dalam bidang politik.
rakyat tidak akan kelam kabut pada permulaannya.
cuma pihak yang terlibat terutamanya ahli-ahli politik akan mengalami huru-hara apabila keadaan ini berterusan.

apabila bidang politik kurang stabil,rakyat akan menjadi mangsa dan mengalami kesulitan.
nama baik negara akan tercemar dan dipandang rendah oleh negara asing.
jadi,janganlah main isu politik dan menyebarkan khabar-khabar angin di kalangan rakyat.

yang benar,tetap benar;
yang salah,pasti salah!
janganlah menwujudkan zon kelabu di kalangan masyarakat.
biarlah masa jadi saksi dan pengajar dalam segala peristiwa.

siaran langsung parlimen selama satu jam?

saya berpeluang mengikut rancangan parlimen pada minggu ini.
tapi rancangan ini telah mengecewakan saya.
mungkin ialah salah saya kerana menyimpan harapan yang tinggi terhadap rancangan tersebut.

dalam rancangan tersebut cuma setengah jam siaran langsung dari parlimen.
setengah jam lagi untuk bersama ahli parlimen.
yang saya mahu ialah satu jam atau lebih banyak masa lagi untuk siaran langsung dari parlimen.
ini ialah matlamat kemeterian dan parlimen bertaraf dunia.

saya betul-betul harap negara kita dapat maju dan mencapai matlamat 2020.
siaran langsung ini merupakan salah satu langkah sahaja.
majulah demi kebaikan dan kepentingan bersama.

ramalan saya terhadap kes liwat.

saya meramal 3 kemungkinan dalam perancang kes anwar liwat.
  1. pihak bn.
  2. anwar sendiri.
  3. tun mahathir lagi.
ini cuma ramalan saya.
saya tidak tahu hal sebenarnya.
jadi,saya perlu tunggu masa jadi jurucakap kebenaran.

alasan mereka merancang kes anwar ini ialah:
  1. bn mahu menjatuhkan imej pihak pembangkang-anwar,pakatan rakyat.
  2. bn mahu membalas dendam atas tindakan lampau pakatan rakyat.
  3. bn mahu menukar arah tuju dan menyerlirukan pemikiran rakyat jelata.
  4. anwar mahu diri sendiri selaku mangsa dalam fitnah dan diberi belas kasihan oleh rakyat.
  5. anwar mahu menimbulkan keadaan kelam kabut di kalangan kerajaan bn supaya tiada masa berlebihan untuk mengawasi tindakannya dalam mengambil alih kuasa kerajaan pusat daripada bn.
  6. anwar mahu menjatuhi imej negara dan ahli politik demi mendapat sokongan negara lain.
  7. mahathir benci anwar yang mendedahkan kegelapan bidang kehakiman.
  8. mahathir yang cinta parti tidak mahu imej umno dijatuhi lagi.
  9. mahathir yang menjadi ahli bebas dan gelaran tun susah didedahkan jika terlibat dalam perancangan kes anwar liwat.
dalam kes liwat ini,mangsa bukan anwar.
tapi saiful jadi mangsa pula kerana tidak tahu siapa ialah pemangsa.
kerana dia mungkin digunakan sebagai alat politik dan alat perebutan kuasa ataupun dia benar-benar mengalami ketidakseimbangan dari segi mental setelah diliwat.