Ahad, Jun 29, 2008

keputusan yang didapat oleh pangkatan rakyat dalam masa 100 hari.

mengikut program ,keputusan yang pakatan rakyat dapat adalah belum ditentukan kerana masa memerhati adalah terlalu singkat.

  • pangkatan telah banyak memberi hadiah kecil kepada rakyat jelata.
  • tapi semua ini juga sedang dibuat oleh kerajaan bn,malah lebih besar dan luas lagi.
  • pakatan rakyat lebih pandai mempromosikan diri sendiri.
  • tapi,golongan yang menikmati,jumlahnya adalah sedikit sahaja.
  • pangkatan rakyat pandai membuat sesuatu yang betul dalam masa yang betul.
  • jadi,rakyat jelata meletakkan harapan baru terhadap pangkatan rakyat.

kuasa sekarang terletak di tangan sendiri setelah diberi oleh rakyat.
jangan hancurkan harapan penyokong pr dan bn dalam pilihan raya ke -12.
kalau bn mahu mendapat sokongan rakyat jelata lagi,cubalah ubah yang buruk dan melaksanakan sistem yang mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata.

jadi,harap-harap pangkatan rakyat mampu memberi perkhidmatan yang berbeza dengan barisan nasional.
kalau sama sahaja,lebih baiklah kita pilih bn daripada pr.
kerana bn lebih berpengalaman daripada pr jika dibandingkan.

adakah cara ahli politik sangat kotor?

  • mahaktir dibuktikan melibatkan diri dalam percampuran dalam bidang mahkakamah.
  • abdullah dikatakan suka menarik ahli keluarg sendiri masuk untuk berkerja.
  • najib dikatakan bersama-sama isterinya membunuh seorang perempuan yang datang dari mongoria dengan bom c-4.
  • berkas menteri kesihatan telah dibuktikan terlibat diri dalam melakukan hubungan seks dengan perempuan simpanan di bilik hotel setelah dirakam oleh seseorang.
  • sekarang,anwar pula diberitahu melakukan liwat dengan pembantunya.

adakah ini ialah pembunuhan politik?
saya tidak tahudan tidak mahu perkara ini berlaku terhadap sesiapa pun.
ini adalah kelakuan yang keji dan kurang adil serta tidak boleh diterima oleh sesiapa pun.
pelaku dan pemangsa pasti akan dapat balasannya.

harap-harap perkara sebenarnya akan muncul supaya orang yang salah dihukum dan orang yang betul dibela.

tindakan dan keputusan yang betul lagi munahsabah!

najib dan on ka ting telah membuat keputusan yang betul dan munasabah.

najib telah menasihati nazri dan ketua kelab bn bahawa perkara mengenai tindakan cabut tali kawasan larangan media massa sudah selesai dan amai damai antara ahli-ahli bn adalah paling penting.
najib juga membuat keputusan untuk menunggu pengalihan kuasa daripada abdullah tanpa rebut kuasa.

ong ka ting membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua mca setelah berfikir masak.dan berharap agar wakil dan muka baru dapat tanding dalam pilihan raya parti yang akan diadakan pada ogos.
ong ka ting bersama-sama naib pengenusi meletak jawatan.

jadi,saya menyokong tindakan dan keputusan mereka.
mereka telah menunjukkan sifat mementingkan perpanduaan dalam parti dan hubungan antara ahli-ahli dalam parti.

Sabtu, Jun 28, 2008

orang atasan banyak mendapat faedah!

had mendapat wang tunai dalam diskaun cukai jalan ialah maksimum 5 buah kereta.
saya mahu tanya adakah orang yang berpendapatan rendah dapat memiliki 5 buah kereta?

siapa yang mampu menjadi pemilik 5 buah kereta?
dan nama yang didaftarkan adalah nama sendiri?
orang kaya raya dan kenamaan baru mampu milih 5 buah kenderaan.
orang berpendapatan rendah macam ayah saya cuma ada sebuah motosikal dan kereta.
apa lagi orang berpendapatan rendah!

dasar ekonomi juga macam itu!
orang melayu yang dari golongan mana ada dapat manfaat dalam projek dan dasar tersebut.
cuma syarikat-syarikat besar dapat keuntungan dan manfaat sahaja.
macam projek tanam padi di sarawak,sime darby telah mendapat bahagia besar dalam projek itu.
bagaimana dengan petani-petani yang miskin?
mereka cuma dapat gaji rendah dan hasil rendah dalam projek tersebut.

yang saya tidak puas hati ialah cuma orang atasan banyak dapat faedah.
mungkin saya perlu terima ini.
kerana saya berada dalam negara malaysia.
yang saya mampu buat ialah menerima apa yang mementingkan kebaikan bersama dan menolak apa yang ketidakadilan.

saya tarik balik apabila disahkan silap!

saya tarik balik blog saya yang mengatakan bahawa ezam telah menjadi ahli umno setelah abdullah menyambut ezam yang balik dari ngo-gerakan dan parti keadilan.

keahlian ezam masih dalam perbincangan umn0 setelah saya membaca surat khabar pada 27.06.
cuma 3 berkas ahli parti keadilan disahkan diterima oleh umno.

minta maaf dalam silap maklumat yang dilakukan oleh saya.
kalau ada apa-apa kesulitan berlaku,saya meminta maaf!

sila pikul tunggungjawab masing-masing!

isu larangan media massa dalam ruang parlimen telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli parlimen bn-nazri aziz dengan ahli parlimen bintulu dan sabah.

ketiga-tiga yb ini memang panas barah setelah tidak sama pendapat dalam isu disebut di atas.
kemarahan bertambah teruk apabila nazri mengatakan bahawa perbuatan mp sabah yang mencabut tali larangan media massa tanpa kebenaran ialah perbuatan seorang gangster.
apabila beliau mengatakan bahawa kelab bn ini ialah kelab gangster,
nazri telah memalukan kelab bn dan ketua kelab bn.

nazri yang selalu bersifar panas barah ini telah menunjukkan pangkatnya dalam perselisihan ini.
beliau memandang rendah mp bintulu dengan mengatakan bahawa ketua kelab biasanya dipilih dalam kalangan ahli umno dan ketua kelab bn tidak berkuasa langsung.
nazri juga mencabar mp bintulu bercadang memecatkan jawatannya sebagai menteri dalam parlimen dalam mesyuarat akan datang.

yang saya tidak puas hati ialah orang yang memberi arahan larangan itu belum muncul diri untuk memikul tanggungjawab.
saya tidak tahu siapa yang mengeluarkan arahan larangan tersebut.
sama ada ialah yang dipertua,nazri sendiri atau ......???

sila berdiri dan jalan keluar!
yang saya rasa ialah yang dipertua yang mengeluarkan arahan tersebut.
kerana yang dipertua sendiri beliau ialah yang dipertua yang pertama dan yang terakhir dalam pengehadkan pergerakan ahli media massa.

kalau ialah yang dipertua salah,buat apa ketua kelab bn dan menteri nazri masih panas barah!
janganlah macam tu!kedamaian dalam kalangan ahli-ahli adalah paling penting.
mungkin mp bintulu dan sabah tidak puas hati apabila nazri memandang rendah ahli-ahli bn lain dan marah dengan sesuka hati.
macam marah ahli pembangkang.

nazri panas barah dalam isu tersebut bukan tiada sebab.
nazri rasa mp bintulu dan sabah menyalakan beliau dalam isu tersebut.
harap-harap nazri dapat bertenang dulu sebelum bersuara.
janganlah sangka sendiri berkuasa sangat.

yang saya rasa besar hati ialah masih ada ahli bn yang berani.
berani bersuara dan buat bantahan.
tapi kedamaian bersama adalah paling penting.
sila guna cara yang betul!

Jumaat, Jun 27, 2008

apa-apa saja pun boleh berlaku!

sejak kebelakangan ini,banyak khabar angin tersebar di malaysia.
  • stesen minyak akan tutup pada 26.6.08 disebar menjadi tutup 3 hari di sabah dan sarawak kerana mahu minta naik komisen diesel dan petrol.
  • larangan wartawan dan pihak media massa masuk ruangan ahli parlimen berjalan diadakan kerana takut pihak media massa menganggu ahli parlimen.
  • beras campuran 15% dan diberi subsidi didapati kurang segar dan kuning serta berbau busuk diberi bekalan kepada penduduk di sibu yang memerlukan beras sebagai bahan makanan utama.
  • kerajaan persekutuan telah membatalkan projek besar monorel dan jalan lingkaran luar di pulau pinang yang diperlukan oleh rakyat semasa kenaikan harga minyak.

nampahnya kerajaan malaysia telah banyak mengambil tindakan sebelum berbincang dengan pihak dari sektor swasta,media massa,pihak pembangkang dan wakil rakyat.
janganlah hanya mahu dengar suara manis dan golongan yang main isu saja.
cubalah dengar suara dan cakap benar dari golongan yang kecil jika bernas.

buat satu,batal satu;
cakap dua,tarik balik dua.
janganlah main-main saja.
apa-apa pun boleh berlaku jika masih buat hal sebegini.

Ahad, Jun 22, 2008

parti politik di sarawak.

ketua prs berkata bahawa beliau akan bersedia untuk undur diri sebagai ketua prs.
beliau berbuat demikian demi kepentingan penubuhan parti baru antara prs dan spdp.
prs dan spdp juga bersedia untuk bergabung dengan pbb jika berjaya tubuhnya parti baru antara prs dengan spdp.

jika ini betul-betul berlaku,
supp akan ketinggalan jauh di belakang.
kepentingan bangsa cina akan diabaikan.
kerana parti bumiputra akan ditubuhkan jika 3 parti itu bersatu.
ahli-ahli cina dalam prs mungkin terpaksa menyertai supp jika parti bumiputra ditubuhkan.
jadi,perkara seperti ini perlu diambil berat oleh keempat-empat parti tersebut.

pbb sebelum ini hanya menerima kaum melanau dan kaum dayak.
prs ialah parti pelbagai kaum-cina dan iban.
spdp terdiri daripada kaum dayak dan iban.
supp bergelar diri parti pelbagai kaum,tetapi ahlinya hanya bangsa cina dan sedikit kaum dayak.

masalah yang disebut di atas boleh diselesaika jika keahlian pelbagai kaum diadakan.
mereka perlu putus sama ada mahu menubuhkan parti pelbagai kaum atau parti bumiputra.
cadangan saya ialah:
  • jika parti pelbagai kaum diadakan,jemputlah supp masuk parti baru juga.
  • jika parti bumiputra diutamakan,prs,spdp dan supp perlu berkerjasama demi keseimbangan politik dan menyeimbangkan kuasa pbb dalam bn sarawak.
  • jika arus politik berbeza dengan supp,prs dan spdp bergabung semula tanpa kemasukan pbb.
tujuan mereka tubuh semula ialah mahu menentang pakatan rakyat yang semakin kuat.
mengelakan ahli-ahli politik lompat macam katak atau ular berkepala dua.
tapi,jika pengabaian satu ahli parti akan timbilnya masalah kurang adil dalam pembahagian kuasa politik dan suara kecil itu diketepikan oleh parti berkuasa mutlak.

keadaan politik susah diramal.
tapi cara perjalana masih perlu manusia rancang.
jadi,saya akan buka mata melihat apa mereka buat untuk politik sarawak.

hormat atau tidak?

barisan nasional(bn)
telah ditukar nama oleh kebanyakan orang yang tidak bertanggungjawab.

bn------barang naik,
barisan najis,
barisan nanti,
bolehland nation.

mereka membuat sedemikian bertujuan melepas geram dan tidak puas hati terhadap bn.
janganlah menafikan kemarahan dan luahan rakyat demi kedududkan dan kebendaan sendiri.

rakyat ada mata,telinga dan mulut.
mereka nampah,dengar dan bersuara.
yang berbeza cuma buah fikiran,suara dan maklumat.

dengan adanya fikiran waras dan masak,
kita tidak mudah terpengaruh oleh maklumat atau khabar angin yang tidak munahsabah.
yang saya akan buat cuma ialah:
yang baik,saya puji;
yang buruk.saya tegur!

Sabtu, Jun 21, 2008

subsidi untuk penduduk kawasan pendalaman.

kerajaan negeri sarawak akan mengumpul nama-nama penduduk di kawasan pendalaman.
nama-nama yang dikumpulkan akan dihantar ke semenanjung apabila 1.7.08.
jadi,kerajaan sarawak harap rakyat dapat tunggu dan bersabar.

bersatu untuk mendapat kuasa?

parti-parti di sarawak mahu bergabung bersama.
parti-parti tersebut ialah parti rakyat sarawak (prs)dan sarawak progressive democratic party(spdp).

kebanyakan keahlian prs ialah bangsa cina.
dan spdp mempunyai lebih banyak bangsa bumiputra.
faedah semua ahli-ahli bangsa tidak boleh diabaikan.
ini menyebabkan parti perkauman tidak sesuai dalam kes ini.
jadi,parti pelbagai kaum digalakkan diadakan demi kebaikan bersama.

siapa dipilih menjadi ketua parti juga memeningkan kepala.
dua parti mempunyai dua ketua parti.
satu parti boleh mempunyai lebih daripada 1 ketua parti tak?
kalau tak boleh,siapa jadi ketua dan siapa jadi timbalan.
masalah ini perlu dimuafakat demi kebaikan parti.

kedua-dua parti ini mempunyai 12 mp.
pbb mempunyai 14 mp.
pbb takut hilang kuasa dan kedudukan pertama dalam bn sarawak.
jadi,sebagai ketua parti bangsa bumiputra (pbb) dan cm,
taib mahmud telah mencadangkan supaya penyertaan pbb setelah kedua-dua parti itu telah diadakan.

saya tidak bersetuju pbb menyertai kedua-dua parti itu.
kalau ini berlaku,kedudukan dan kuasa mereka akan semakin mutlak dan besar.
ahli bn sarawak lain akan kehilangan kedudukan dan tidak dapat bersuara.
keadaan ini seperti ahli-ahli bn yang lain di semenanjung malaysia dengan umno.

kalau kuasa pbb dapat diseimbangkan oleh prs dengan spdp,
sarawak dapat berkembang dengan maju.
kerana lebih banyak suara dan buah fikiran dapat dilahir dan dicadang.

Jumaat, Jun 20, 2008

saya terima suara yang berbeza!

saya suka suara berbeza.
ada beza baru ada kemajuan;
ada beza baru ada peningkatan.

tapi suara tersebut perlulah munasabah.
jangan bersuara sembarangan dan cakap manis ataupun cakap bohong.
suara yang saya ingin dengar atau cakap ialahcakap benar,bernas,betul dan berfaedah!

percakapan jenis ini mungkin kurang disambut baik oleh orang ramai.
tapi inilah yang paling berfaedah untuk kebaikan bersama.
cuma perlu disuarakan dalam masa dan tempat yang sesuai.

jaga!jangan!

setelah pihak pembangkang menafikan 2/3 majoriti pihak kerajaan bn,
bidang politik malaysia pada masa kini semakin menuju ke arah bebas.

tapi keadaan ada sedikit kelam-kabut dan huru-hara,
apabila pihak pmbangkang menjadi kerajaan persekutuan dengan cara menarik ahli bn ke pakatan rakyat.

saya,sebagai rakyat malaysia,
tidak sokong tindakan pihak pembangkang ini.
kalau betul-betul berkualiti,tunggulah pr ke 13,
gunalah kuasa dan tenaga sendiri untuk membuktikan pakatan rakyat adalah berbeza dengan bn.

jagalah maruah diri!
jagalah kepentingan bersama!
jagalah keadilan yang ada dalam masyarakat!
jagalah kebebasan yang diberi daripadamelepasi batas!

jangan rosak nama bersih dan nama baik parti sendiri.
dengan mengikut cara 'lompatan katak' dan 'ular berkepala dua'.
rakyat tidak mahu yang berhormat menjadi haiwan atau binatang.

kalau beul-betul hilang keyakinan terhadap parti
dan menimbulkan perasaan kecewa terhadap pemimpin parti,
kamu patut meninggalkan parti tersebut dengan cara yang betul.
iaitu:meletak semua jawatan yang didapati dari parti.

jangan tinggalkan tali pada badan sendiri.
banyak orang akan serang anda jika tidak berhati-hati.
lebih baik lagi jika anda dapat menjadi ahli bebas sebelum menyertai parti bertentangan.

biarlah diri fikir masak dan rehat dulu.
memerhatikan gerak-geri dan asas politik pihak tersebut.
supaya anda dapat pasti inilah parti yang kamu mahu sertai.

jaga-jaga sebelum tersilap langkah!
jangan-jangan bertindak melepasi batas!

Ahad, Jun 15, 2008

hari-hari sayang,tanggungjawab bersama!

hari ini hari kerja pejabat pos.
terima kasih kakitangan kerajaan yang memerhatikan kepentingan rakyat malaysia.

hari ini hari kedua claim back subsidi kita.
terima kasih kerana mengawalkan tarikh claim back.

sekian terima kasih atas usaha dan sayang yang dicurahkan.

Sabtu, Jun 14, 2008

tunjuk perasaan!

bagaimana kamu tunjuk perasaan anda?
saya akan suara keluar jika saya ada perasaan yang tidak puas hati.
tapi saya tidak akan menimbulkan gangguan terhadap orang lain.
saya cuma mahu pihak berkenaan mengetahui perasaan saya.

saya berasa besar hati.
kerana pihak polis tidak lagi melarang pasukan tunjuk rasa.
sebaliknya mereka tolong buka jalan.
cuma klcc diblokkan dalam tunjuk perasaan baru-baru ini.
tapi sesetengah jenis tunjuk rasa masih diharamkan kerana penunjuk rasa disiasat soal.
ini memalukan kita sebagai negara yang demokrasi kerana mencabar hak manusia untuk bersuara dan berkumpul.

menteri hal ehwal dalam negara bercadang mahu menetapkan satu tempat untuk orang ramai tunjuk rasa.
saya bersetuju dengan cadangan ini.
cuma lokasi yang ditetapkan perlu mengutamakan keselamatan dan kepentingan pasukan tunjuk rasa dan orang ramai.
temapat yang saya cadangkan ialah padang,stadium sukan,......

soal permit juga perlu diberi perhatian.
kebanyakan masa,polis kurang neutral dalam soal tersebut.
kerana mereka jarang keluar permit untuk pasukan tunjuk rasa dari pihak pembangkang.
alasan yang diberi ialah keselamatan awan diutamakan,tidak mahu kesesakan lalu-lintas dan perkara tidak diingini berlaku.

jangan kamu semua pandang rendah terhadap pemikiran penunjuk rasa dan orang awan.
sikap polis mengamalkan sikap berat sebelah telah mempengaruhi pandangan orang ramai terhadap pasukan displin tersebut.
apabila pihak pembangkang menunjuk rasa,pasti polis mahu soal siasat pihak tersebut.
kalau ahli umno menunjuk rasa,mereka cuma beri amaran dan mendesak mereka bersurai dalam 10 mimit.
mungkin pihak pembangkang tidak berkerjasama dengan pihak polis semasa diminta bersurai dalam 10 minit,jadi polis terpaksa mengambil tindakan yang sepatutnya untuk meahan ketua dan pasukan tunjuk rasa.

tunjuk rasa tidak salah di sisi undang-undang kerana tunjuk rasa cuma mahu suara didengari oleh pihak tertentu dan meningkatkan kesedaran ahli masyarakat tentang sesuatu isu-isu semasa yang kurang mementingkan kebaikan bersama.

masih mahu dapat kebenaran dan persetujuan dulu!

subsidi diesel untuk penduduk kawasan pendalaman sarawak
masih mahu dapat persetujuan daripada pm.
sekurang-kurangnya mahu menunggu 2 bulan untuk mengumpul nama yang memerlukan subsidi.
kalau mahu tunggu persetujuan daripada pm,rakyat perlu tunggu lebih lama lagi.
lihatlah kedatangan pm pada hari ini akan dipersoalkan oleh kerajaan negeri tentang soal ini tak.

yang dapat susah pastilah ialah rakyat jelata.
mana ada pihak kerajaan yang benar-benar mengambil berat.
asyik mahu tunggu persetujuan dan kebenaran.
tidak dapat membuat keputusan yang dinikmat oleh rakyat dengan segera.
saya mahu tanya pihak kerajaan sama ada kamu semua ada memberitahu rakyat sebelum malaksanakan sesuatu langkah.

tidak!
mereka terus melaksanakan sesuatu langkah tanpa mengira perasaan rakyat jelata dan langkah-langkah yang sepatutnya diambil telah diabaikan.
hanya tahu tunjuk 'boleh' sahaja.
malaksanakan sesuatu langkah dalam sekelip mata.
kadang-kala boleh batal dengan sekelip mata pun.
seperti:larangan orang luar negara mengisi minyak dalam kawasan 50km.

saya bukan anti-kerajaan ataupun anti-bn.
cuma tidak puas hati mengenai hal cakap tidak sama bikin,
melaksanakan sesuatu langkah tanpa rancangan yang sempurna,
dan langkah yang sepatutnya diambil masih mahu rakyat tunggiu sahaja!

Jumaat, Jun 13, 2008

bersatu,bersetia dan berkhidmat untuk seluruh rakyat malaysia!

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Bersatu Kita Bersatu,
Dengan Setia Berganding Bahu.
Jiwa Teguh Berpadu,
Kita Rumpun Melayu.

Bersama Kita Bersama,
Mendukung Hasrat Semua.
Berjasa Pada Bangsa,
Agama Dan Negara.

Lambang Kita Yang Gagah,
Dipandang Mulia Dan Indah.
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat."
Cogan Katanya.
UMNO Terus Mara,
Untuk Rakyat Malaysia.



adakah ahli umno masih berganding bahu?
adakah umno masih berjuang dan berjasa untuk bangsa melayu sahaja?
janganlah pecah-bilau,berkhianat dan lupa berkhidmat.
pandang rendah lambang parti sepasukan dan pihak pembangkang serta bangsa lain.

ya.betul.mara untuk rakyat malaysia.
bukan untuk bangsa melayu sahaja.
bersedialah menerima bangsa malaysia!

bantuan segera!

kerajaan negeri sarawak telah 'mendengar' suara rakyat tempatan.
mereka bertindak mahu mengumpulkan nama-nama penduduk kawasan pendalaman.
yang memerlukan subsidi untuk diesel bagi motor sampan dan mesin bekalan elektrik.

pada pendapat mereka,nama-nama tersebut akan dikumpulkan dalam masa 2 bulan ini.
dan menyuruh penduduk sabar dulu dan menunggu berita baik yang disampaikan oleh mereka.
ini telah menunjukkan kerajaan negeri sarawak adalah kerajaan negeri yang bertanggungjawab,bertimbang rasa dan memahami kesusahan penduduk kawasan pendalaman.

suara pembangkang pkr yang menyuarakan subsidi diesel untuk motor sampan dan mesin bekalan elektrik sebelum ini telah diambil berat oleh kerajaan negeri.
kalau tidak,pihak pembangkang pasti akan membangkitkan perkara ini demi menimbulkan kemarahan penduduk dan mendapat sokongan politik daripada penduduk kawasan pendalaman.

jangan pandang rendah kerajaan negeri sarawak!
kebanyakan mereka datang dari kawasan pendalaman.
mereka pasti pernah mengalami kehidupan yang serba kurang.
jadi,mereka terus ambil tindakan semasa pm sampai sarawak.

jika masalah ini tidak diatasi dengan baik,janganlah salahi pm!
kerana pm telah memberi sumbangan wang yang berjumlah tinggi untuk kerajaan sarawak.
masalah ini cuma dialami oleh penduduk di sarawak sahaja.
tanggungjawab yang berat ini telah jatuh di bahu kerajaan negeri sarawak.

tibalah masa untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka.
harap-harap semua subsidi yang didapati dapat dinikmati oleh seluruh penduduk yang benar-benar memerlukannya.

bola-bola!

saya suka menonton bola.
tapi tidak pernah judi bola.
jadi,saya menikmati tonton bola.

saya selalu menonton bola di kedai kopi.
banyak orang tonton bola kerana dia ada judi bola.
mereka sangka saya juga ada judi.

tapi saya benar-benar tidak ada judi bola.
saya benci judi!

saya mahu kamu semua tahu tonton bola bukan maksud ada judi bola.
jangan salah sangka tonton bola mesti bersama dengan perbuatan judi bola.
sebenarnya,kedua-dua perbuatan ini boleh diasingkan.
cuma orang yang suka judi terliru terhadapnya.

saya suka bola-bola.
tapi benci judi-judi.
sila hormat saya!

Khamis, Jun 12, 2008

saya mahu kamu berdua-dua cakap dan buat sepakatan!

menteri memberitahu rakyat harga minyak akan dikekalkan sehingga 31.3.09.
tapi,pm memberitahu rakyat harga minyak tidak akan berubah sehingga akhir tahun ini.

cakap tidak sepakatan!
walaubagaimanapun,keputusan pm adalah muktamad.
saya hormat dan terima.
harap-harap jangan bohong lagi macam minggu lepas.

masa itu,menteri memberitahu orang ramai harga minyak akan naik pada ogos.
tapi,pm naik harganya pada hari kemudian.

cakap tidak sama bikin!
buat apa mengadakan mesyuarat lagi jika keputusan menteri tidak dihormati.
tapi,keputusan pm adalah muktamad.
menteri terpaksa bisu dan diam saja.
pm telah memalukan menteri tersebut.

tak apalah!
perkara ini sudah lalu.
yang penting ialah masa kini.
banyak penjimatan telah diambil oleh pm.

rupa-rupanya,
menteri bukan claim tunai selepas perbelanjaan.
mereka dapat elaun dulu dan boleh gunanya tanpa proses soal jawab dan sesuka hati.
saya tidak setuju dengan cara ini.
sepatutnya duit tersebut hanya boleh diclaimkan selepas perbelanjaan untuk mengelakan pembaziran.
bil-bil perbelanjaan juga perlu diserahkan dan diperiksa sebelum diberi tunai.

pm bertekad mahu imej negara dan kabinet yang bersih.
tapi perkara tersebut telah merosakkan imej mereka dalam mata rakyat.
janganlah cakap ini,buat itu.
rakyat akan terliru dan kehilangan keyakinan apabila mendengar ulasan mereka.

berfikir dulu sebelum bersuara!
bermuafakat dulu sebelum bertindak!
bersama-samalah cakap dan buat sepakatan dalam perkara yang dijanjikan.

Rabu, Jun 11, 2008

suara rakyat bario di sarawak.

harga petrol : rm11.

harga diesel : rm10.80.

harga tong gas masak : rm150.

bario terletak di kawasan pendalaman sarawak.
bario merupakan pengeluar padi yang terulung.
hasil diambil oleh negara;
tapi,nikmat diabaikan.
macam buah lupa kulitnya.

harap subsidi yang berpatutan dapat disampaikan untuk golongan yang berada di bario,sarawak.

Selasa, Jun 10, 2008

suara hati dari rakyat pendalaman sarawak.

sarawak adalah merupakan kawasan paling luas di malaysia.
banyak kawasan dibiarkan dan ketinggalan pembangunan.
tapi,kawasan yang penuh dengan flora dan fauna merupakan penarikan uniknya untuk pelancong barat.

sarawak bukan menyertai malaysia.
tetapi bersama-sama dengan penisular barat untuk menubuhkan negara malaysia.
jadi,sarawak yang terletak di timur malaysia merupakan sebahagian negara malaysia.
kami sudah lama dibiarkan dan ketinggalan pembangunan.
merupakan negeri yang miskin dalam malaysia walaupun membekal minyak petroleum dan kelapa sawit untuk negara.
mungkin sarawak terletak jauh dari wilayah persekutuan yang menyebabkan keadaan tersebut.

sebelum ini ,beliau pergi sabah.
semalam,pm sampai di sarawak.
membawa berita baik dan 'gula' untuk rakyat yang 'sakit gigi'.
tapi yang kami mahu bukan 'gula',kami mahu 'ubat'.
suara hati rakyat kawasan pendalaman yang dibawa ialah
mereka mengalami masalah apabila harga minyak naik mendadak.
mereka perlu beli diesel yang mahal untuk pembekalan elektrik dan enjin sampan mereka.

walaupun sarawak merupakan pembekal elektrik yang terbesar di malaysia,
tapi kawasan yang berjauhan ini tiada bekalan elektrik disediakan.
mereka bergantung motor dan diesel untuk mendapat bekalan elektrik.
pengangkutan yang bawa mereka masuk dan keluar hanya sampan yang brenjin.
semua ini memerlukan diesel dan bahan api yang berharga tinggi.

saya bukan tidak sokong naik harga.
tapi subsidi yang berpatutan harus dikaji dan diberikan untuk mereka yang betul-betul memerlukannya.
penyukturan semula subsidi yang dilaksanakan baru-baru ini kurang memuaskan.
kerana subsidi masih memihak golongan kaya.
contoh:kereta bmw yang berkuasa kurang daripada 2500cc masih dapat bantuan kerajaan.
saya bercadang supaya hanya kereta yang di bawah 1800cc mendapat subsidi.

selain itu,larangan atas kereta negara asing membeli petrol perlu diadakan.
cuam syarat pengehadkan perlu diubahsuaikan.
contoh:larang kereta asing mengambil petrol melebihi 2/3 tank.
ataupun mengenakan bayarana yang berbeza terhadap kereta asing.
kerana rakyat mempunyai hak kewarganegaraan dan layanan yang berbeza.
ini juga mengelakkan subsidi dinikmati oleh negara lain.

selepas v.k lingam menyebabkan diri dalam kegelapan bidang kehakiman,
pengaruhnya bukan hanya di penisular malaysia.
sarawak pun ada kesan insiden mengenai campurtangan pihak eksekutif.
kami takut kehilangan keadilan bidang kehakiman.
unsur politik juga didapati campur tangan dalam bidang kehakiman.

menurut ketua hakim mahkamah tinggi sabah,
dr mahathir telah mengugutkan untuk memecat para hakim jika mereka membuat penghakiman yang tidak menyebelahi pentadbirannya.
bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin juga pernah mempengaruhinya semasa beliau mengendalikan satu kes berkaitan dengan pilihan raya.
selain itu,penceramah latihan hakim juga menggalakan hakim membuat keputusan mahkamah yang lebih mementingkan kepentingan kerajaan daripada segalanya.

nasib baik,hakim dari sabah ini tidak mengabaikan keadilan dan kepentingan bidang kehakiman.
tapi,nama baik bidang kehakiman telah tercemar dan rakyat akan kehilangan keyakinan terhadap bidang kehakiman.
ini adalah kerana kami tidak dapat memastikan semua hakim yang mengendalikan kes kita akan mengikuti tulus hati dan mengamalkan keadilan seperti ketua hakim mahkamah sarawak tersebut.
kami mahu keadilan kehakiman dan bidang hakim yang bersih diwujudkan dalam negeri kita.

jangan abaikan kita kerana jauh.
walaupun ada jarak,tapi kami masih sama taraf dalam malaysia.
keranamu,kami sama-sama merdeka.
kerana kami,kita sama-sama merdeka.
tiada perbezaan antara kita.

Isnin, Jun 09, 2008

terima kasih!

terima kasih.
kerana memberi bantuan awal kepada rakyat yang di bawah golongan kurang kemampuan.
memberi subsidi minyak untuk rakyat pada hari sabtu ini.

terima kasih.
kerana memberitahu rakyat bahawa harga minyak tidak akan naik sebelum april 09.
memberi masa untuk rakyat bersedia menghadapi krisis naik harga.

terima kasih.
kerana mengehadkan perbelanjaan kabinet menteri dan kakitangan kerajaan.
memberi arahan yang menjimatkan kos untuk mengelakkan pembaziran.

tetapi kemarahan rakyat masih ada dan belum reda.
kerana rancangan dan jadual masa kerajaan dalam penaikan harga minyak adalah tidak sempurna.
dilaksanakan dalam keadaan yang cemas dan terburu-buru.

sebelum ini,menteri menyatakan bahawa harga minyak akan naik pada ogos ini.
masa itu,saya puji menteri tersebut kerana memberi masa untuk rakyat bersedia untuk menghadapi krisis tersebut.
tetapi pm tiba-tiba menaikan harga pada hari yang kemudian.
cakap tidak sama bikin telah mengecewakan saya.
saya tarik balik pujian saya terhadap tindakan menteri tersebut.

walaubagaimanapun,saya sokong mengurangkan subsidi ke atas minyak.
jangan labur dalam pembelanjaan pengguna harian sahaja.
cuba melaburkan subsidi tersebut ke atas projek dan rancangan yang mendatangkan faedah bersama.

beban ini tidak patut ditanggung oleh kerajaan sahaja.
tetapi semua rakyat ada tanggungjawab sendiri.
sama kita tanggung,beban berat itu menjadi senang dipikul.

terima kasih untuk pihak yang benar-benar menimbangkan faedah bersama.
terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam perancangan tersebut.
sekian terima kasih.

Ahad, Jun 08, 2008

kaedah yang patut diambil oleh kerajaan dalam proses menghadapi krisis kenaikan harga minyak dan makanan.

  • kerajaan malaysia perlu menjimatkan kos dalam proses perbelanjaan.
  • melaksanakan dasar buka dengan mengkecualikan unsur politik dan mempertimbangkan faedah bersama.
  • memperbaiki sistem pengangkutan,mengurangkan subsidi,dan meningkatkan sistem ekonomi di malaysia.
  • meningkatkan kegiatan ekonomi dalam sektor penghasilan supaya pendapatan rakyat dapat diperbaiki.
  • berfikiran waras dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam proses melaksanakan sesuatu projek pembangunan.
  • mengetetkan undang-undang untuk mengelakkan salahguna barangan yang diberi subsidi dan kegiatan rasuah yang ada dalam negara kita.

Sabtu, Jun 07, 2008

adakah bn sudah sedar?

bn hilang 2/3 majoriti dalam pilihan raya.
salah satu sebab yang dikatakan ialah pengabaian promosi dan kempen dalam internet.

pihak pembangkang yang kekurangan sokongan rtm dan pelbagai media massa,
mereka telah banyak menggunakan teknologi canggih ini dalam promosi dan kempen pilihan raya.
terutamanya pkr,pas dan dap.

sekarang mereka sudah sedar.
bn mahu serang balik menerusi blog.
mahu jawab soalan yang diberi oleh pihak lawan.
mahu menafikan tuduhan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang.
termasuk blogger-blogger yang menyerang mereka dalam pilihanraya yang lalu.

bn sudah lama tidur dalam mimpinya.
sekarang baru sedar mahu ambil tindakan,
selepas majlis tertinggi umno di selangor pada 6.6.08 yang lalu.
parti umno bercadang mahu semua umno negeri dan bahagian,
mempunyai laman web sendiri untuk menjawab tuduhan pembangkang.
tindakan ini menarik perhatian pemuda-pemudi yang menjadi pengundi baru pada masa kini.

isu yang hangat sekarang ialah:
isu kemasukan semula bekas ketua angkatan muda keadilan dan ezam akan dibincang secara umum di kalangan blogger.
mengikut pengalaman sesetengah ahli umno,sebelum seseorang menjadi ahli umno,
dia akan dikenangkan rm1 dan perlu menunggu sekurang-kurang 6 bulan sebelum menjadi ahli umno.
ada orang pula mengatakan anaknya terus menjadi ahli umno apabila dikesahkan bapanya seorang ahli umno.

satu perkara,tiga tindakan yang berbeza diambil.
mungkin bn belim bangun dalam perkara ini.
mungkin keadaan berbeza,keputusan yang diambil adalah berbeza.
kenapa mahu bahagi ahli biasa dan ahli pakar?
syarat-syarat kemasukan umno tidak tetapkah?
yang saya rasa lagi aneh ialah kenapa ezam mudah diterima oleh pemimpin umno dalam masa yang singkat dan yuran
bayarannya lebih tinggi(RM100).

siapa dapat jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya?
saya berpendapat bahawa seseorang yang memohon menjadi ahli perlulah jujur.
dan hendaklah melalui proses tertentu sebelum permohonannya diterima oleh pemimpin parti.
janganlah mengubah syarat kemasukan ahli apabila mahu rebut sokongan pemuda dan pakar daripada pihak pembangkang.

jangan tidur dan mimpi lagi!
saya mahu dengar penjelasan lanjut.
jangan hanya sedar dalam sesetengah perkara.
banyak persoalan lagi yang ada dalam pemikiran dan bahan bualan rakyat.
sila beri jawapan sebelum pihak pembangkang mengambil kesempatan memburuk-burukkan keadaan.

ular berkepala dua atau lompatan katak?

aku bukan ular berkepala dua.
saya cuma neutral dalam politik.

setiap parti politik adalah tidak sempurna.
ada kelebihan dan kelemahan dalam sistemnya.
ini disebabkan orang yang ada dalamnya kurang sempurna.
jadi,saya hanya terima saja apa yang mereka bahagi dan rancangkan.

jangan cakap banyak.
semua adalah di bawah rancangan.
rancangan orang yang sama taraf.
cuma kedudukan yang berbeza di antara kita.
kami cuma "tikus putih"di bawah pemerintahan mereka.

apa yang baik,nikmat saja;
apa yang lemah,terima saja.
jadi seorang manusia bukannya senang.
jika mahu jadi manusia yang berakhlak tinggi,lagi susah!

jadi,banyak manusia melepaskan maruah mereka,
mahu jadi ular berkepala dua atau lompat macam katak.
ini memalukan kita sebagai manusia di sekitarnya.
apatah lagi manusia yang sokong anda.
kamu betul-betul mahu kecewakan peminat andakah?

jangan jadi "binatang"atau "haiwan".
jadilah orang bebas,lagi baik daripada jadi ular dengan katak.
ini adalah kerana kerana haiwan tidak sama taraf dengan manusia.
demi maruah diri dan taraf manusia,teruskan perjuangan anda dalam perjalanan manusia.

berjuang untuk hidup bermaruah!
berusaha untuk hari yang lebih baik!
berkhidmat untuk rakyat jelata yang hidup dalam kesusahan!
berkorban untuk generasi yang akan datang ke dunia yang penuh kesesakan ini.
ini semua kejayaan ialah seekor ular berkepala dua dan lompatan katak yang tidak dapat capai.

Jumaat, Jun 06, 2008

kamu mahu apa?

besok ialah hari jadi yang di-pertua agong.
abdullah telah menyediakan "hadiah besar" untuk yang di-pertua agong.
tak tahu apa hadiah yang dia akan bawa semasa berjumpa dengan agong.

menteri kata bahawa harga minyak akan dinaikan ikut harga minyak dunia;
tapi abdullah membuat keputusan untuk naik harga pada hari 4.6.08.
rakyat telah menerima "bom besar daripada perdana menteri-abdullah.

agong ialah lambang kehormatan malaysia;
rakyat ialah "boss" malaysia.
tapi,layanan yang diberi oleh "pengurus kita"adalah berbeza.

selepas pilihan raya,
beliau mahu menjaga harga barang.
tapi,naik minyak akan menyebab harga barang naik juga.

beliau mahu kurangkan subsidi minyak.
supaya ada subsidi lebih untuk harga barangan.
pusing-pusing,nanti pening kepala anda.
contohnya:
peraturan larangan negara thai dan singapura telah ditarik balik dengan begitu cepat.
tak dapat tunggukah?

saya rasa hairan bahawa
jabatan antara jabatan tiada hubung langsungkah?
mahu laksana,terus laksana;
mahu batal,terus batal.
macam main permainan.

tak tahu pengurus kita malu tak?
agong marah tak?
adanya pengurus yang kurang cekap dalam urusan kerjanya.
saya rasa malulah jika perkara ini diulang kali berlaku.
cubalah rancang dan fikir dulu sebelum membuat tindakan.
kalau tidak,apa pandangan negara kita dalam mata negara lain.

saya tidak mahu hadiah atau bom besar daripada mana-mana pihak.
saya cuma kehidupan yang biasa,bebas,aman,
ada makan,minum,tidur,
dan dapat "jalan dengan lurus".

kesan krisis minyak dan barang naik!

krisis itu akan membawa kesulitan kepada rakyat dan kemajuan negara.
  • inflasi besar-besaran,
  • masalah sosial dan kes jenayah berlaku,
  • tekanan dan gangguan emosi meningkat,
  • pengangguran berlaku disebabkan oleh pemecatan oleh majikan,
  • ekonomi negara terjejas apabila perbelanjaan rakyat semakin berkurangan,
  • sektor pelancongan,pengangkutan,perniagaan,perindutrian,pertanian dan perkhidmatan terjejas.

era baru malaysia!

rakyat malaysia
berusaha,
maju,
jaya,
gemilang.

kerajaan malaysia
bantu,
khidmat,
korban,
disanjung tinggi

selepas pilihan raya 3.8,pihak pembangkang menafikan 2/3 majoriti pihak bn.
pihak bn : 139 kerusi;pihak pembangkang : 82 kerusi.
dua garisan kerajaan bergilir dibentuk.
banyak pihak mengatakan bahawa perubahan ini adalah era baru politik dan kemantangan fikiran rakyat.

pada 5.6,harga minyak malaysia telah menaik 78 sen.
dari rm 1.91 kepada 2.70.
diesel naik rm.
banyak pihak mengatakan bahawa peningkatan ini ialah era baru negara menuju ke arah harga tinggi dan kurang bergantung kepada subsidi.

saya berharap agar pihak pembangkang akan menghargai peluang yang diberi oleh rakyat.
subsidi yang berlebihan akan dibahagi dengan adil,sksama dan jangan salahgunanya.

Khamis, Jun 05, 2008

bila saya menulis blog!

rancangan blog yang disiarkan di rtm
menarik perhatian saya berhasrat menjadi seorang blogger.
menjadi seorang blogger yang berani bersuara, berfikiran waras,bertanggungjawab,
dan mengubah fikiran para pembaca saya ke arah mantang,
serta memberi ruang yang luas untuk pembaca blog saling bertukaran pendapat.

jangan sangka semua blogger tulis sembarangan.
kebanyakan blogger adalah berkas wartawan.
mereka sudah biasa menulis sesuatu perkara mengikut fakta dan bukti yang diperoleh.
cuma blog mempunyai kebebasan dan ruang bersuara lebih luas daripada media massa.
mereka tidak akan dipengaruh oleh orang lain dalam penghasilan blog.

saya bukan wartawan.
saya cuma orang biasa.
tiada apa-apa yang luar biasa.
saya cuma memengang prinsip neutral dalam politik dan agama,
dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

jadi,saya tidak akan meluang suara yang memihak sebelah.
ada kelebihan,saya puji;ada kelemahan,saya suarakan.
nikmatilah blog saya!

Rabu, Jun 04, 2008

bersama-samalah kita memikul beban kerajaan!

barisan nasional ialah barang naik.
banyak orang berdapat bahawa kerajaan yang dibimbing oleh abdulah yang menyebabkan barang naik.

sebenarnya inilah adalah krisis sedunia.
bukan negara kita yang mengalami masalah barang naik.
tetapi semua negara di bumi ini yang mengalami krisis kenaikan harga minyak dan makanan.

kita tidak boleh menyalakan abdulah atas sebab ini.
yang kami tidak puas hati ialah cara pengendalinya kurang memuaskan.
kerajaan malaysia ada satu kelemahan iaitu:
tidak menimbang masak sebelum melaksanakan sesuatu perubahan dan mengambil tindakan dengan tergesa-gesa.

biarlah rakyat bersedia dari segi mental.
rakyat pasti akan menerimanya.
ini satu cara yang saya cadangkan.
cubalah beritahu awal sikit sebelum mahu naik harga minyak malaysia.

pada awalnya,kerajaan bercadang mahu mengubah harga minyak.
harga tersebut akan mengikut harga sedunia pada bulan ogos.
tapi,hari ini,5.6.08,telah diumunkan harga minyak naik sebanyak 78 sen,diesel-rm1.
jadi,harga minyak di malaysia ialah rm2.70 dan diesel-rm2.58.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus.

abdulah akan memberi 30 sen diskaun setiap pembelian minyak.
pembelian rebet kepada 2000-2500cc kereta dan 250cc motosikal apabila pemilik kenderaan bayar cukai jalan sebanyak rm 625 dan rm150 setahun.
kenderaan yang tidak termasuk dalam kategori di atas akan diberi penolakan cukai jalan sebanyak rm 200 dan rm 50.

subsidi yang dijimatkan akan digunakan dalam projek tanam padi,mengawal harga minyak masak,beras,roti,tepung,gas dan bahan api.
saya berharap agar rakyat malaysia dapat bertenang dan waras.
abdulah terpaksa melaksanakan keputusan naik harga minyak demi memperoleh lebih banyak wang supaya subsidi untuk makanan dan bahan api dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

satu perkara yang saya fikir kerajaan juga ambil ialah
memastikan harga tetap bagi barang keperluan dapat dilaksanakan.
kerana setiap kali kenaikan harga minyak,harga barang pasti akan naik.
ini disebabkan kos penghantaran bertambah.

sama-sama tanggungkan beban ini.
lebih banyak orang pikul,lebih ringanlah beban kerajaan.

kesimpulannya,barisan nasional pastilah bukan barang naik.
rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam perjalanan mengatasi krisis kenaikan harga minyak sedunia dan kos makanan yang semakin meningkat.

saya tidak mahu bergantung kepada hubungan.

banyak orang suka bergantung kepada hubungan seseorang untuk mendapat sesuatu.
namun,saya mahu bergantung kepada kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri sendiri.

apabila kita ada hubungan dengan orang lain,
kita akan hilang keadilan dan saksama dalam pertimbangan.
kita akan menuju ke arah perasaan dalam membuat sesuatu keputusan.
membuat keputusan tanpa mengikut prinsip sebenar.

tapi,tiada hubungan dengan orang lain juga menyusahkan seseorang dalam perjalanannya.
dia perlu meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
orang lain juga memandang rendah dan kurang hirau orang sebekini.
mereka akan menganggap dia seorang yang pelik dan sukar didekati.

jadi,kita mesti seimbang dalam pemilihan hubungan dengan orang lain.
berhati-hatilah dalam pemilihan hubungan dengan orang lain.
berhubung dengan orang yang berprinsip dan menjauhi mereka yang tidak tenguh dalam pendirian.

saya menerima kelebihan dan kelemahan sifat saya.
oleh itu,saya lebih berdikari dan saksama daripada orang lain.

Selasa, Jun 03, 2008

peristiwa 13 mei pada tahun 1969

peristiwa tersebut merupakan rusuhan kaum atas soal politik.
perpaduan kaum yang susah payah didirikan telah terancam selepas pilihan raya 1969.

parti pembangkang telah menafikan 2/3 majoriti parti perikatan setelah membangkit soal sensitif kaumdan hak melayu dalam kempen pilihan raya.
selepas kemenangan besar,parti pembangkang telah mengadakan perarakan pada 10 mei.
dalam pasukan perarakan itu,mereka mengambil penyapu sebagai penghindiran orang melayu.
perasaan orang melayu tersinggung apabila melihat keadaan tersebut.

*saya berpendapat politik boleh memajukan atau memusnahkan sesebuah negara jika penyalahgunaan politik dan tidak menjaga perasaan pihak lain.

sebenarnya,mereka sudah tidak puas hati pada masa sebelum pearakan berlaku.
kerana hak mereka telah tercabar apabila kempen pilihan raya parti pembangkang yang mengatakan mahu cabar hak orang melayu.
masalah menjadi lebih teruk apabila segolongan pasukan perarakan mencaci dan meludah air liur ke atas kaum melayu.

pada 13 mei,umno juga mengadakan perarakan balas yang tidak terancang diadakan.
kerana perasaan emosi yang tinggi dan tidak terkawal.
orang melayu yang bersenjata terkumpul di rumah menteri besar selangor.
mereka telah membunuh 2 orang cina.
berita ini tersebar telah menyebabkan pemuda cina dan kongsi gelap bertindak membunuh orang melayu.
rusuhan berlaku dan perintah daururat dikeluarkan.
akhirnya keadaan dikawal oleh polis.

selain itu,pembunuhan juga berlaku di kalangan askar pelbagai kaum.
kali ini,askar cina yang mulakan pembunuhan.
askar melayu dan pemuda dari kampung tidak puas hati dan bertindak.
mereka membakar kedai emas orang cina dan merampas harta benda tersebut.
orang-orang cina yang ditangkap dibariskan di depan lombong bijih timah dan dibunuh mati

*pada pendapat saya,
kaum cina dan melayu pada masa itu boleh dikatakan kedua-dua pihak ada silap.
kerana masing-masing menimbulkan masalah.
tidak bermuafakat sabar dan bertolak-ansur.
kami tidak boleh memutuskan hanya satu pihak yang salah ataupun unsur politik yang menimbulkan hal itu.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.
menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
nasib baik rusuhan tidak berlaku di kelantan,terengganu,pahang,kedah,p.pinang,johor dan negeri 9.

pergaduhan ini adalah pergaduhan politik dan bukannya perkauman.
Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.
Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina kerana habis dibunuh.

*jika kekurangan tolak-ansur,sabar dan bermuafakat antara kaum mendatangkan padah.
pelbagai kaum di malaysia memerlukan ruang bebas untuk bersuara dan berhubung antara satu sama lain.

selepas peristiwa 13 mei,parlimen dibubarkan dan tunku abduh rahman dipersalahkan oleh orang melayu serta tun mahathir mahu tunku letak jawatan.
masalah ini selesai apabila penubuhan majlis perundingan negara,dasar ekonomi baru dan rukun negara diadakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan singapura yang banyak kaum cina dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

*ahli politik yang tidak bertanggungjawabselalu dipaksa letak jawatan apabila krisis besar berlaku.
jadi,tekanan rakyat agak berpengaruh dalam mengubah pertimbangan dan arah tuju kerajaan.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
bn dibentuk dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam dewan undangan negeri selangor.
ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui ISA.
sepadam pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
Sistem demokrasi,pilihan raya dan agihan ekonomi bumiputra mendapat tafsiran semula.

*kerajaan yang kuat mudah menguasai perkembangan kerajaan.
cubalah belajar dari peristiwa masa lampau.
undang-undang yang ketinggalan zaman perlu diperbaharu demi kebaikan bersama.
kalau tidak,rakyat berhak untuk menolaknya menerusi pilihan raya.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman.
kerana ia hanya terjadi selepas perbezaan politik.
dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
kawasan yang terpengaruh adalah kecil saja.

*nasib baik,pilihan raya 8.3.08,iaitu pihak pembangkang telah menolak 2/3 majoriti kerajaan bn.
peristiwa 13 mei tidak berlaku di kalangan rakyat malaysia.
ini telah menunjukkan rakyat pada masa kini telah meningkatkan pemikiran mereka dan mampu menerima hakikat.
rakyat pelbagai kaum telah bersatu padu menolak kerajaan bn yang kuat dan penuh dengan masalah tak lutsinar.


*=pendapat saya.
hasilan karangan ini adalah daripada ringkasan daripada website wikipedia.

sila hormat sikit!

ahli-ahli yang berhormat.
namun nama panggilan tidak sesuai dengan tingkah laku mereka.
kenapakah masalah ini tertimbul dikalangan ahli-ahli yang berhormat?

saya rasa tatacara bermasalah.
tingkah laku ditentukan oleh pemikiran dan kebiasaan mereka.
walaupun semua ada emosi dan buah fikiran sendiri,
tapi apabila mempunyai kedudukan yang berbeza-iaitu wakil rakyat,
yb perlu meningkatkan pretasi dan tatasusala sendiri.

manusia mempunyai daya untuk belajar selama-lamanya.
jadi,yb digalakkan menghadiri kelas tatasusila.
kelas perlu mengadakan kursus yang berunsur moral.
unsur adil,saksama,bertanggungjawab,sopan,dan sebagainya perlu diutamakan.
kualiti diri perlu diunsurkan dulu sebelum belajar bergaulan dengan orang lain.

cara pergaulan dengan orang adalah berasaskan dengan dua atau lebih pihak.
keadaan ini sukar diramalkan dan perlu bersedia bermuafakat.(win-win relationship)
belajarlah tolak ansur dan bersedia undur diri demi kebaikan bersama.
berundur diri bukan mengaku kalah,tapi cara menunggu marah reda.
susahlah mahu berkomukasi apabila pihak depan dalam keadaan marah.

mungkin susah untuk menerima kelemahan pihak lain.
tapi cubalah menimbangkan kelebihan dia.
pemikiran positif amat penting untuk meningkatkan kualiti sendiri apabila berhubung dengan.
cuba kamu fikir kenapa kamu mahu berkawan dengan seseorang?
disebabkan kelebihan dia yang menarik anda mendekati dia.

yang berhormat,
sila hormat sikit!
teruskan belajar dari masa lampau.
biadah bawa padah;
hormat mendatangkan keagungan.

Isnin, Jun 02, 2008

saya mampu bermikiran bernas,mantang dan waras!

kamu ada permikiran sebegini tak?
perkembangan mental adalah lebih penting daripada fizikal.
malangnya,orang masa kini lebih mementingkan perkembangan fizikal.
jadi,bagaimana perkembangan mental yang sempurna dapat diamalkan?

tiada usaha,tiada nikmat.
jadi,kita mesti mencurahkan masa,tenaga,wang dan daya fikiran.
kita boleh mencari daripada bahan bacaan,media massa,forum,perbincangan.
bahan bacaan,ruang dan media merupakan hasil huraian fikiran dan pengamalan.
hasil fikiran ini boleh didapati mudah menerusi lawatan ke perpustakaan dan forum awam
jadi,inilah masa dan peluang emas kita menyerap maklumat dan mencari point penting.

lepas itu,kerja penyelidikan dan proses fikir lebih dalam mesti diadakan.
proses ini bergantung usaha peribadi dan membuat research peribadi.
proses ini memerlukan alatan yang sesuai,seperti:alat teknologi maklumatdan buku rujukan.
hasi fikiran perlu dicatat dan cuba cari ruang untuk memberitahu orang ramai.
seperti:meluahnya dalam blog,mengadakan forum,menghasilkan karya sendiri.
supaya kita dapat mengingati point itu selama-lamanya dan orang lain dapat pratice dalam kehidupan.

jadi,ruang yang bebas perlu disediakan untuk generasi yang akan datang
untuk memperngaruhi generasi yang akan datang.
contoh:mengadakan perhimpunan yang bermakna di kalangan pelajar sekolah menengah
dan menjadikannya sukan reformasi fikiran.
ruang ini mesti bebas untuk mereka bersuara pendapat mereka terhadap sesuatu isu.
bincang masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian serta langkah pencengahan.
jadi,bergaul dengan orang yang mantang dan ruang yang bebas merupakan langkah-langkah menuju ke arah kemantangan.

marilah menyeru seruan ini:
re-for-ma-si!
reformasi fikiran!
fikir dengan bernas,mantang dan waras!

saya bangga menjadi bangsa malaysia!

saya ialah bangsa malaysia.
kamu juga bangsa malaysia.
cuma layanan yang kita terima tidak sama dengan gelaran tersebut.

sebenarnya idea ini ialah idea tun mahathir.
apabila beliau merancangkan wawasan 2020.
misi ini bermakna dan berfaedah untuk semua rakyat.
tapi perlaksanaan beliau telah menjauhi misi itu.

sebenarnya rakyat ialah watak utama dalam perlaksanan warga malaysia.
kerajaan cuma perlu menyediakan ruang saja.
mempelajari budaya yang ada persamaan.
seperti:orang cina mempunyai cita rasa yang sama dengan orang melayu dan india-makan nasi lemak dan roti canai.
orang melayu pun suka makan mee goreng.

memansuhkan hak-hak yang tidak sama rata.
seperti:pinjaman wang dari bank,
peluang masuk universiti,
peluang mendapat tender kerajaan,
peluang menjadi kakitangan kerajaan,
dan peluang mendapat bantuan kerajaan.

misi bangsa malaysia dapat dijayakan jika
semua rakyat malaysia mempunyai sifat berani meluangkan perasaan mereka.
ini membantu kita mengenali antara satu sama lain.
seperti orang melayu tidak suka orang menghina-Nya.
orang cina tidak suka orang lain panggil dia cina babi.
orang india tidak dilayan macam hamba.
jika ulasan ini dapat disuarakan,semua akan menerimanya.
kerana kita mempunyai sifat toleransi,saling menerima dan bermuafakat.

demi kebaikan bersama,
kita sebagai rakyat malaysia,
jangan pecah bilah.

kita mesti teguh dan menyeru bersama-sama:
saya ialah bangsa malaysia!
saya bangga dengan bangsa malaysia!

jangan salah faham!

satu ayat mempunyai pelbagai maksud.
saya fikir ini,kamu fikir itu.
jadi,salah faham telah timbul di antara kita.

ini mungkin disebabkan pandangan saya dengan kamu adalah berbeza.
atau orang yang bercakap itu kurang mahir dalam memberi huraian.
atau pendengar sendiri salah faham dan tidak tanya dengan jelas.

jadi,kita mesti belajar bagaimana bercakap dan mendengar.
ini memerlukan kemahiran dan berlatih selalu.
ingat banyak mendengar sebelum bercakap.
kerana tuhan beri kita 2 telinga dan 1 mulut saja.

marilah kita sama-sama menjaga cara kita bercakap dan mendengar.
janganlah salah faham lagi!

Ahad, Jun 01, 2008

correct ! korek ! gorek!

v.k lingam cakap:"correct!correct!!correct!"
lingam memastikan pihak yang dengar bahawa dia mampu mempengruhi pemilihan hakim besar di malaysia.

kerajaan negeri pakatan rakyat:"korek!korek!korek!"
knpr memastikan rakyat malaysia bahawa mereka pasti akan korek rahsia pentadbiran kerajaan negeri bn .

penduduk di sibu:"gorek!gorek!gorek!"
penduduk di sibu mahu kerajaan negeri bn menggorek dalam sungai rejang yang semakin cetek.
sungai yang cetek ini menyebabkan penduduk di sibu hidup dalam kebajinran.

inilah masalah-masalah yang perlu ditangani dengan segera.
masalah ketidakadilan makhamah dan campur tangan ahli politik dalam bidang pehakiman,
masalah tidak lut sinar dalam projek yang dilaksanakan,rasuah,salahguna kuasa,
masalah tidak ikut suara kebanyakan rakyat dan mengikut ulasan profesional dari china yang tinggal sehari di sibu.

semua ini adalah perbuatan segolongan,
tetapi menimbulkan kesusahan dan padah kepada kebanyakan orang di sekitarnya.
masalah ini berlaku apabila suara kebanyakan diabaikan.
dan keputusan yang diambil hanya ditentukan oleh beberapa pihak saja.
ini tidak adil dan saksama.

jadi,kita mesti bersuara:
correct,gorek dan korek.
kita tidak mahu masalah correct,korek dan gorek.

soal agama

agama
menenangkan hati resah manusia.
memberi kepuasan dari segi mental.
memenuhi ingin tahu manusia selepas lahir.
memberi arah tuju yang sepatutnya kepada perjalanan hidup kita.
mendapat tahu sejarah dan masa depan manusia dan dunia serta alam semesta.

saya tak terima dan beri rasuah!

rasuah boleh dalam pelbagai bentuk.
kewangan,kebendaan,kemudahan dan perkhidmatan.
susah mahu elak.
didapati mana-mana tempat.

kecil dan besar jumlahnya,
orang tak kisah.
yang mereka mahu,hanya benda depan.

fikirlah jauh sikit!
kalau kamu terima ini,
menimbullah masalah pada masa depan.

kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu kita.
tetapi mencari kebenaran.
jangan buta tuli dan buta hati serta buta mata.
kecacatan sedemikian amat dikasihi.

tiada agama atau pendidikan moral mengajar kita rasuah.
cuma nafsu yang ada pada manusia mencabar kita.
orang yang beri dan mahu rasuah memabulkan pertimbangan kita.

jangan lupa salahkan diri sendiri.
kerana kamu tidak tahan ransangan yang dihadapi.
kalau kita tenguh,kita akan menolaknya.
dan melihatnya sebagai musuh sendiri.

yang saya benci ialah perkara rasuah.
bukannya orang yang memberi atau menerima rasuah.
serulah seruan ini:
rasuah musuh saya.
saya mahu menolaknya.

adil dan saksama

orang yang bersifat demikian susah dipengaruhi dengan barang kebendaan.
mereka lebih mementingkan nama baik sendiri daripada tercemar.
jadi,orang yang bersifat adil dan saksama susah menceburi diri dalam bidang politik.

orang-orang dalam politik sering menidas orang yang bersifat adil dan saksama.
orang yang bersifat a & s sering diasingkan dan terpaksa bertindak seorang diri.
tanpa bantuan yang mencukupi,susahlah orang a&s berlangkah ke depan.
ini akan menyebabkan orang a&s hilang keyakinan dan semangat maju jaya.
usaha mereka terpaksa diabaikan dan ikut aliran politik.

sebagai manusia,kita susah mahu hidup dalam keadaan seorang diri.
kita mahu hidup dalam berkumpulan.
jadi,bagi mereka yang bersifat a&s terpaksa membuka mata dan mencari keluar orang yang sama jenis dengannya serta bergaul dengan mereka.
ini dapat membantu mereka menjauhi keadaan kehilangan sokongan.

orang yang a & s jarang di dunia ini.
mereka masih berjuang untuk mempengaruhi orang di sekelilingnya.
jadi,semangat tersebut perlulah kita amali demi kebaikan bersama.
sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.

orang yang a&s,janganlah mudah lepaskan sifat baik tersebut.
walaupun jarang orang menghargainya,
tapi inilah yang paling berharga dalam dunia ini.
kalau kehilangan keadilan dan saksama,
apa erti kita hidup lagi!

adil,saksama,
susah dicari dalam dunia ini.
tapi ada wujudnya golongan ini.

terimalah golongan ini.
berilah ruang untuk mereka bernafas.
berjuang untuk masa depan yang lebih cerah!

berada di simpang jalan

apabial berada di simpang jalan,
kami susah mahu mahu pilihan.
terpaksalah kami berhenti sekejap.
berfikir sebelum jalan.

kami mesti ambil satu arah.
belum jalan habis,
kami tak tahu perkembangan atau keputusan yang kami pilih.
sambil jalan sambil nikmat.
jangan ragu-ragu.
kamu akan hilang banyak pemandangan yang cantik.

setiap pilihan membawa perakhiran yang berbeza.
macam pisau ada 2 bilah.
tajam dengan tak tajam.
kedua-dua bilah pun ada kegunaannya.
cuma mahu lihat masa dan kegunaan keadaan tersebut.
pilih yang betul membawa manfaat.
pilih yang tak sesuai membawa padah-membazir masa dan tenaga.

jadi,
banyak pilihan kami perlu buat dalam sepanjang hidup.
marilah buat pilihan yang menimbangkan perasaan sendiri,orang lain dan pencipta kami.
pilihan ini adalah terbaik untuk kami.
janganlah lawan hukum ini.
sekian terima kasih.